Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMERAH TENAGA PEKERJA HANYA MEMBURU KEUNTUNGAN TANPA KEBAJIKAN ?

Keluarga kesal majikan belum hulur bantuan
kemalngan 13 maut
Keadaan bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Pagoh.
 
GEORGETOWN - Keluarga pemandu bas ekspres Zakeer Zubir, 32, yang terkorban dalam kemalangan di Pagoh, Johor Sabtu lepas kesal tiada wakil majikannya tampil bertanya khabar atau membantu mereka.

Abang mangsa, Zameer Zubir, 35, berkata keluarganya berhadapan dugaan yang berat dan memerlukan sokongan serta bantuan pelbagai pihak terutama daripada majikan arwah adiknya.

"Sudah tiga hari kejadian berlaku, kelibat majikan atau wakil langsung tiada. Hospital pula mahu kami segera ke Johor bagi menandatangani beberapa dokumen untuk melakukan pembedahan ke atas Miya (isteri Zakeer, Miyarseh).

"Miya, seorang warga Indonesia, jadi kos rawatan lebih mahal. Kami terkilan masih belum dapat ke Johor kerana perlu menjaga dua lagi anak arwah yang berusia empat dan dua tahun serta emak yang masih trauma," katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah mereka di sini.

Allahyarham Zakeer adalah pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang mengorbankan 14 nyawa termasuk anak bongsunya, Nur Natasha Zahara, 1.   

Miyarseh yang turut berada dalam bas sama, bagaimanapun terselamat dan masih menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah kerana cedera parah.

Zameer berkata, untuk ke Johor juga mereka memerlukan belanja yang besar kerana tiada saudara mara di situ dan tiada tempat untuk tumpang bermalam.

Dalam pada itu, Zameer turut mempersoalkan mengapa hanya seorang pemandu sahaja sahaja yang bertugas sedangkan jarak perjalanan sangat jauh dari Pulau Pinang hingga ke Johor dan pulang semula ke Kuala Lumpur.

"Kami tidak menolak kemungkinan arwah letih kerana memandu terlalu lama. Tidak boleh salahkan dia dan kami sekeluarga sedih sebab ramai orang salahkan pemandu sedangkan kami tahu dia seorang yang cekap ketika memandu," katanya.

Sementara itu, adik Zamil, Zahirah, 21, berkata beliau ada menghubungi hospital bagi mengetahui keadaan Miyarseh, namun kecewa tidak diberikan sebarang maklumat, sebaliknya diminta segera ke sana.

"Kami sekeluarga berharap kakak Miya dapat dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang supaya senang untuk kami memantaunya kerana keluarganya di Indonesia pasti tidak mampu datang ke sini," katanya.

Dalam pada itu, ibu Zakeer, Rashidah Abdul Rahim, 60, masih murung akibat kehilangan anak kedua daripada tiga beradik itu dan dilihat sering menangis sambil meriba anak-anak Zakeer, Nur Zafeerah, 2, dan Nur Cahaya Zulaikha, 4.

Rashidah berkata kedua-dua cucunya itu tidak dapat tidur nyenyak dan kerap meracau pada pukul 4 pagi mencari bapa dan adik mereka.

"Sehingga hari ini si adik yang berusia dua tahun sering merengek dan langsung tidak mahu berenggang dengan saya. Dia seolah-olah mencari bapa dan ibunya. Iyalah, nak bercakap tidak pandai tapi memang kerap menangis dan merengek," katanya.

Disebabkan itu Rashidah berkata beliau susah untuk bergerak kerana perlu menjaga cucunya yang menjadi anak yatim sekelip mata. - Bernama

6 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

cass said...

tuan pakkaramu...kenapa masih juga benarkan iklan durjana warga indon ni dipaparkan disini...tuan pakkaramu ni pro indon ke atau bersubahat dalam meraih keuntungan melalui iklan nombor ini...? iklan durjana...maksiat...

cass said...

tuan pakkaramu...kenapa masih juga benarkan iklan durjana warga indon ni dipaparkan disini...tuan pakkaramu ni pro indon ke atau bersubahat dalam meraih keuntungan melalui iklan nombor ini...? iklan durjana...maksiat...

Anonymous said...

http://www.aplikasiduit.com/index.php?id=berbudiberbakti

cass said...

itu lah melayu terlalu memberi muka kepada cina...akhirnya melayu balik bertuankan cina...betul seperti apa yang Dr Ridhuan Tee kata dalam rencananya.....

cass said...

itu lah melayu terlalu memberi muka kepada cina...akhirnya melayu balik bertuankan cina...betul seperti apa yang Dr Ridhuan Tee kata dalam rencananya.....

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.