Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PAYAH SIASAT SBB ANINA TAK BUAT KERJA SEX

Skandal seks: Bersatu tidak sedia siasat Anina
Anina Saadudin
 
BERSATU tidak akan membuat siasatan terhadap Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin yang didakwa terbabit dalam skandal seks.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Shahruddin Md Salleh ketika memberitahu Sin Chew Jit Poh, isu Anina kononnya dipecat sebagai ketua srikandi parti itu kerana terbabit dalam skandal seks adalah tidak benar, memandangkan majlis pimpinan tertingginya belum lagi menubuhkan sayap berkenaan.

Kata beliau, kedudukan Anina yang sering dirujuk oleh pelbagai pihak sebagai ketua srikandi Bersatu tidak timbul sama sekali, sebaliknya beliau ketika ini hanya menyelaras aktiviti wanita dalam parti itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman turut yakin Anina bukan dipecat dan beliau masih salah seorang ahli Majlis Tertinggi Bersatu.

Syed Saddiq percaya, Anina telah menjadi mangsa fitnah dan beliau bersedia menentang taktik kotor yang dilakukan oleh orang-orang tertentu.

Sementara itu, dua hari lalu Sinar Online melaporkan, pembantu peribadi kepada Anina, Kasih Alyza Mohd meminta semua pihak memberikan masa kepada Anina untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.


Menurutnya,  semua pihak perlu bertenang dan berikan masa kepada Anina sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mengatur sidang media untuk menjelaskan semua perkara kepada semua pihak.

Dalam perkembangan berkaitan, dua minggu lalu, Anina dilaporkan berkata, skandal seks yang dikaitkan dengannya sebagai lumrah kehidupan ahli politik.


Menurutnya, apa yang lebih penting adalah kepercayaan orang sekeliling yang rapat dengannya sebelum bergelar ahli politik.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Walaunta je yg terlebih sudu. Bawak mulut hulu hilir. Jantan walaunta tapi mulut mcn betina, suka sebar fitnah.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.