Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA AMANAH NAK MENGAJAR PAS ? BOLEH BLAH !!! KENYATAAN PERANGKAP PENGKHIANAT !

Amanah nasihat Pas jangan tunggu lama
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir
Anuar Tahir

SHAH ALAM - Pas perlu manfaatkan masa  diberi sebelum memutuskan untuk bersama atau tidak dengan Bersatu dan Pakatan Harapan dalam mewujudkan pembangkang lebih besar.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata, parti itu menghormati rundingan dilakukan Bersatu dengan Pas, tanpa menyimpan rasa marah atau  dendam.

“Kami dalam Amanah, tidak marah atau berdendam dengan sesiapa. Kita dalam Pakatan Harapan juga tidak membantah, kami beri ruang untuk Bersatu berunding dengan Pas.

“Terpulang kepada Pas, bukan kami tidak beri ruang. Tetapi kami sekarang dah berada di landasan, ‘bersedia untuk berlepas’. Enjin dah panas, jadi tidak boleh tunggu lama-lama,” katanya.

Kelmarin, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi Pas masa sehingga tahun depan untuk putuskan sama ada ia akan bekerjasama dengan pakatan pada pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, syarat ditetapkan Pas akan bersama Bersatu sekiranya tanpa Amanah dan DAP perlu di fikirkan semula, demi kepentingan rakyat.

“Kalau mereka  fikir begitu memang susahlah. Kita tidak fikir Pas, walaupun apa jua yang telah mereka lakukan. Kami dalam Amanah tidak fikir perkara itu, kami fikirkan kepentingan rakyat.

“Menyelamatkan rakyat lebih besar daripada kepentingan peribadi. Ego harus letak tepi. Bagi Amanah, kita mahu pakatan lebih besar. Tapi, kalau orang tidak mahu, kita tidak boleh paksa,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Memang kau ni seorang bloger haprak .penyokong Umno.apa akau nak lebelkan kau ni .manusia jenis apa kau ni

anuar bin misngun said...

Jgn la menuduh sesama islam

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.