Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMAT ISLAM PERLU BANGUN MENGUTUK OIC

TIDAK PERLU MENGUTUK CAMPURTANGAN DI SYRIA, MEREKA ITU IBARAT SYAITAN JENIS MANUSIA YANG  MEMENTINGKAN MAZHAB MASING-MASING DISAMPING MENJADI TALI BARUT ORANG KAFIR.
 
YANG PERLU DIKECAM ADALAH OIC YANG BERSIKAP BINATANG YANG TIDAK BERTANGGUNGHAWAB TERHADAP UMAT ISLAM DIMANA JUGA MEREKA BERADA
- Pak Karamu -
 
 
 
Solidariti Aleppo: RM300,000 lagi diperlukan
Aleppo
Serangan di Aleppo baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) memerlukan dana sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan Kempen Misi Musim Sejuk 4.0 ke Syria bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, pertubuhan bukan kerajaan   (NGO) itu, Syahrir Azfar Saleh berkata, setakat ini  MLLFS menerima sumbangan sebanyak RM200,000  dan baki RM300,000 masih diperlukan dalam masa dua minggu sebelum misi berkenaan.

“Insya-ALLAH, minggu pertama Januari, rombongan kami yang tidak lebih lima orang akan ke Syria menuju ke Idlib dan luar bandar Aleppo untuk menyampaikan ban-tuan tersebut," katanya pada sidang media Solidariti Aleppo, semalam.

Turut serta, wakil 15 NGO lain, antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim); Malaysia Reverted Muslim (MRM); Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (Persidam); Global Peace Mission Malaysia (GPM); Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma); Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan turut mendapat sokongan Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru.

Mengulas lanjut, Syahrir berkata, bantuan yang dibawa misi tersebut memberi keutamaan kepada rakyat Aleppo yang dipaksa keluar dari bandar berkenaan.

“Kita akan salurkan kit lengkap bantuan musim sejuk, khususnya kepada mangsa yang dipaksa keluar dari Aleppo, dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Kita juga sedang berhubung dengan hospital di Idlib untuk mendapatkan jumlah keperluan ubat-ubatan bagi memastikan mangsa tercedera yang keluar dari Aleppo ini mendapat rawatan segera,” katanya.

Selain itu katanya, bantuan pendidikan untuk jangka masa panjang juga akan diberikan kepada mangsa memerlukan.

“Kita telah menggantung sepenuhnya perkhidmatan persekolahan di Aleppo, namun di Idlib masih ada sebuah lagi sekolah yang beroperasi dan sekolah tersebut masih memerlukan bantuan berterusan. 

Beliau berkata,  pihaknya sedang merancang pembinaan dapur khas bagi membekalkan makanan kepada mangsa.

Sementara itu, Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz mendesak kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Bashar Al-Assad sebagai tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Aleppo.

“Saranan ini sebagai menyahut resolusi oleh Kesatuan Ulama Sedunia untuk memulaukan kerajaan Syria dan berdiri teguh menyokong rakyat Syria yang inginkan kebebasan dan keamanan.

“Penindasan rakyat Aleppo akan menyebabkan krisis kemanusiaan di Syria terus meruncing dan peningkatan  di negara jiran, terutama di Turki, Jordan dan Lubnan. 

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia merujuk NGO yang terlibat  untuk mengetahui perkembangan dan maklumat tepat.

“Sumbangan rakyat Malaysia amat diperlukan untuk menjayakan misi Musim Sejuk 4.0 yang dijalankan MLLFS," katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi nombor akaun 5648-1051-3971 (Maybank).

2 orang berkata:

Anonymous said...

Umat islam mesti kutuk syiah iran. Mereka membunuh puluhan ribu sunni di syria dan bersekongkol dgn Basar serta kafirun Russia. Kita umat islam tak boleh ikut suka hati dan parti dia pergi lawat syiah iran.

Kalau sayalah, tak sanggup rasanya minum air dan makan daging unta kari yg dimasak oleh syiah syaitan tu sbb selain zalim mereka juga dah terkeluar dr islam sebenar.

Umat islam wajib pulaukan semua aktiviti dan menjauhi syiah pembunuhitu.

Anonymous said...

Salahkan jugak org2 yg menyahut jemputan boss syiah iran tu sekali.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.