Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHFUZ MUFLIS POLITIK, PATUT LA KALAH PADA PEMILIHAN LALU !

RUPANYA INILAH YANG SANGAT DITAKUTI OLEH MAHFUZ DAN PAKATAN PEMBANGKANG, IAITU KERAJAAN CAMPURAN, IAITU PEMBENTUKAN KERAJAAN SELEPAS PILIHANRAYA, RASANYA TIADA BEZANYA DENGAN  KERAJAAN PAKATAN HARAPAN IAITU CAMPURAN BERBAGAI PARTI.
 
POKOKNYA MENGAPA MAHFUZ DAN PAKATAN HARAPAN TERLALU TAKUT DAN GUSAR ? ATAS TINJAUAN TERHADAP RAKYAT MAKA RAKYAT BOLEH TERIMA  KERAJAAN CAMPURAN, AGAKNYA PAKATAN HARAPAN AKAN KALAH TERUK PADA PRU 14 NANTI SUDAH TERBAU .... -Pak Karamau
 
 
 
Pas akan tersingkir dengan strategi makan keliling
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan hanya menyebabkan parti itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, hala tuju tidak tentu Pas boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan dan kepercayaan rakyat.

“Kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang parti sedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk BN bagi membentuk kerajaan campuran selepas PRU akan datang adalah suatu kenyataan yang mengelirukan.

“Sementara itu, dalam kenyataan Datuk Dr Mahfodz Mohamad, beliau berkata, sekarang Pas bersendirian dan hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan Pas, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain termasuk BN.

“Kenyataan terbaru ini merupakan lanjutan dari kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membawa maksud yang sama dengan kenyataan Mohd Zuhdi menimbulkan persoalan besar di minda rakyat yang semakin hari semakin tidak jelas ke arah manakah sebenarnya haluan parti yang pernah dianggap sebagai parti pembangkang utama di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mohd Zuhdi berkata, parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Kata Mahfuz, baik BN mahu pun blok pembangkang Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terlalu naif untuk merelakan diri berada pada posisi lemah untuk bergantung kepada Pas bagi membentuk kerajaan setelah memperhalusi 'strategi' parti mereka.

“Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap Pas dalam menghadapi PRU14?

“Saya percaya rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri dari parti apabila menyedari parti hanya berkehendakkan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang,” katanya.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Barua betul. Kaki empat betul la.

Anonymous said...

Bior la dia makan keliling. Janji pan dan bersatu dpt masuk calun kat kerusi pas.

Anonymous said...

Org umno akan undi parti pas... kah3

Anonymous said...

Org pkr akan undi pas? Wakakaka

Anonymous said...

Org bersatu akan undi pas?? Wakakaka

Anonymous said...

Umno lawan pas lawan pan...

Agak2 sapa undi calon pas?
Umnos? Wakakaka
Pkr? Wakakaka
Pas? Yup

Anonymous said...

Oitttt...bukan ker mahfuz tu ahli pas sejati..ahli pas pun lawan tokey ker?? Pecat je mahfuz tu.

Tak pun pecat je tokey dia. Ganti dgn titm.

Anonymous said...

Dlm parti ada wular sawa banyaakkk busarrr. Dia duduk situ satu worang pusing2 tengok. Belakang itu wular makan sotong juga

Anonymous said...

Kalo eden ahli parti, dah lamo eden terajang tokey dio tu doh. Sib baik yo eden bukan ahli

Anonymous said...

Klu kelentong je serah kat walaunta

Anonymous said...

Pusing punya pusing punya pusing punya pusing tiba2 sudah sampai tehran. Cilaka punya ayatola

Anonymous said...

Nak bentuk kerajaan campuran dgn BN? Pak karam tak takut ke? BN yg kekalkan perlembagaan penjajah tuu. Selama ni PAS dok lawan BN tiba2 nak bergaul dgn BN? Biar betul pak karam!! Amanat Hadi dah campak ke mana? Ke sebab dah makan dedak 90juta? 90juta jer harga PAS?? err.. pak karan dapat berapa persen dari 90juta tu?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.