Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GST PUNYA HAL, TAK DAPAT LARI

Didenda RM80,000 gagal kemuka penyata GST
Dr Hasmiza Othman
Hasmiza sedang berbincang dengan Syed Ahmad di luar mahkamah.

IPOH – Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman didenda RM80,000 selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan gagal kemuka penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST) dari April 2015 sehingga Julai tahun ini.

Hukuman itu dibuat Hakim Murtazadi Amran selepas tertuduh menukar pengakuan ketika kes disebut hari ini.

Terdahulu, Hasmiza membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Murtazadi di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini sebentar tadi.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(6) Akta GST 2014 kerana gagal mengemukakan penyata GST dalam tempoh ditetapkan bagi 1 April 2015 hingga 31 Julai 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1, Jalan Tun Razak di sini.

Murtazadi turut menetapkan 30 Disember ini sebagai sebutan semula kes atas kesalahan gagal membayar cukai GST berjumlah RM4.2 juta yang dikenakan terhadapnya bagi tempoh masa yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan sementara tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.