Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR tak perlu bermain silap mata dengan PAS

SUDAH CAKAP LAMA DAH, TAPI PKR DEGIL !!!
 
PANDANGAN PENGANALISA POLITIK INI SANGAT
BERNAS, SEOLAH IA MEMBUKA SATU RAHSIA PKR.
APA YANG JELAS PAS AKAN MENGAMBIL ALIH KERUSINYA DARIPADA PKR, JIKA KERUSI PKR
YANG DIKATAKAN AKAN DI AGIH KEPADA
BERSATU NANTI SEBAGAI AGIHAN KERUSI
PKR MAKA ITU SATU PERHITUNGAN YANG
SILAP. SEBAB ITU PKR JANGAN LAGI MEMBUAT
SEBARANG KENYATAAN YANG BERMUSLIHAT
DAN KABUR.
  pas tak pintar berpolitik, tapi pintar dengan
berbagai muslihat politik !

-Pak Karamu-
 
 
 
Percaturan PKR penting, elak jadi kerdil
Md Shukri Shuib Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa UUM
Md Shukri Shuib

SHAH ALAM – PKR perlu lebih teliti dalam pengagihan kerusi bagi memastikan mereka tidak tersalah percaturan, ekoran kerjasama dengan Bersatu, sekali gus menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, buat masa ini PKR perlu fokus terhadap kerusi sedia ada, berbanding pengagihan dengan Bersatu.

“Pada masa ini Pas lebih fokus meletakkan calon mereka di kerusi PKR yang sedia ada.

“Sebelum ini,  kerusi PKR datang daripada pengorbanan Pas yang membenarkan parti itu bertanding,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan parti itu sedia berunding bagi memberi laluan kepada Bersatu dalam pembahagian kerusi pada PRU14.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail juga memaklumkan, akan mengadakan rundingan berhubung pemberian kerusi tersebut.

Sehubungan itu, Md Shukri berkata, kenyataan Mohamed Azmin seolah-olah cuba meminggirkan legasi Anwar dan perjuangan keluarga itu apabila dilihat lebih pro kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Antara petanda pro Anwar  terhakis adalah dengan agenda menyerahkan kerusi kepada parti lain," katanya.

Sementara itu, Md Shukri berkata, PKR perlu mengambil langkah meninggalkan DAP dan berbaik dengan Pas bagi menggelakkan kerusi mereka bertindih pada PRU14.

Menurutnya, DAP dilihat menjadi penghalang kepada kerjasama PKR dan Pas, malah keadaan itu akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU14.

“Tanpa Pas, PKR akan hilang banyak kerusi dan soko-ngan daripada ahli parti Islam itu juga akan hilang,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pas mesti bertanding di semua kerusi seluruh malaysia tak kira kerusi umni, mic, mca, gerakan, pkr atau dap. Pas mesti sapu semua kerusi supaya dapat perintah malaysia supaya hudud dapat dilaksanakan. Dengan cara ini sahaja perompak2 dapat dihudud.

Takbir..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.