Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Negara ini terus dimusnahkan Najib,”

NAJIB MEROMPAK, NAJIB PENIPU, NAJIB MEROSAKKAN NEGARA, NAJIB MENYAMUN ? SIAPA YANG  BAGI DIA BERBUAT DEMIKIAN ? JAWABNYA UMNO, JAWABNYA RAKYAT SEBAB RAKYAT LA UNDI DIA ! SIAPA LAGI ? SIAPA YANG LANTIK DIA JADI PI EM ? JAWABNYA UMNO ! JIKA ORANG UMNO TAK PILIH NAJIB JIKA RAKYAT TAK PILIH NAJIB, MUNGKIN NAJIB TAK BUAT KERJA TU ! APABILA UMNO DIKAITKAN, MAKA ADA YANG NAMPAK UMNO SUDAH  MENJADI JAHAT, LALU ADA YANG LARI TINGGALKAN UMNO TAKUT KERANA SUBAHAT, PUAK-PUAK NI BILA DAH KELUAR UMNO NANTI DIA BUAT JAHAT SAMA SEPERTI MEREKA BUAT PADA UMNO DAN PIMPINANNYA - Pak Karamu



Jaga cucu: Ia bukan pilihan saya tapi...
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak berkelakuan seperti kebanyakan lelaki berusia 91 tahun yang menghabiskan masa dengan cucu.


Sebaliknya, beliau memilih untuk terus lantang mengkritik kerajaan demi menyahut rayuan rakyat.


“Ada sesetengah orang meluat kerana lelaki berumur lebih 90 tahun tidak melakukan perkara sepatutnya seperti berehat, bermain dengan cucu dan menyediakan diri sebelum mati. Ya, saya tidak melakukan perkara sedemikian.


“Ia bukan pilihan saya. Saya menyahut rayuan pelbagai kumpulan rakyat Malaysia kepada saya untuk melakukan sesuatu,” katanya dalam tulisan di blognya, kelmarin.


Kelmarin, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, zaman Mahathir sudah berlalu dan beliau menasihatkan agar balik menjaga cucu. 


Menurut Mahathir, beliau berasakan perlu untuk menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus merosakkan negara.


“Negara ini kehilangan banyak wang. Saya memaklumkan kepada Najib, saya tidak dapat menyokongnya lagi. 


“Kemudian, saya memutuskan untuk meletakkan jawatan daripada Umno. Sekarang ia bukan lagi tentang orang ramai mahu saya melakukan sesuatu. 


“Sekarang saya rasa ada keperluan untuk menghalang Najib daripada terus merosakkan  negara ini,” katanya.


Beliau berkata, sukar untuknya sekadar duduk diam dan bermain dengan cucu dalam keadaan sekarang.


“Ya, saya sedang melakukan persiapan untuk akhirat tetapi syukur Alhamdulillah, saya masih ada masa untuk melakukan perkara lain.


“Perkara lain yang saya boleh lakukan ialah memberi sedikit idea untuk menghalang negara ini terus dimusnahkan Najib,” katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Lebih parah, malaysia dimusnahkan oleh najib dan dibantu oleh lebai PIS. Bila keluar berita najib curi duit, tukang agama akan sibuk carikan nas dan dalil untuk halal dan sucikan najib. T.kasih lebai Hadi.

Anonymous said...

Nak pergi iran dlm masa iran sedang membunuh puluhan ribu rakyat syria, pergilah. Tapi janganlah menipu mewakili ulamak islam antarabangsa, menipu qhardhawi sbb qhardhawi marah syiah iran bunuh sunni syria.

Cakaplah pergi iran untuk meraikan ayatolah syiah yg sedang membunuh sunnah sebagai wakil pas. Kalau mewakili pas, tak siapa pun yg nakn marah. Kalau pas nak sokong syiah iran bunuh sunni syria pun, org tak marah sbb itu hak pas. Pas boleh sokong dan lawat siapa saja dan pada bila2 masa.

"MEMBANGUN BERSAMA BALAK"

Anonymous said...

Dah tau najib mcm tu, buat apa hadi sokong??
Buat apa pakkaramu sokong hadi??

Pakkaramu dan walaunta yg sokong pas pun salah jugak.

Obat Keloid Menahun said...

Thank you for sharing an interesting and very useful article. And let me share an article about health here I believe this is useful. Thank you :)

Obat Alami untuk Menghentikan Menstruasi Berkepanjangan
Cara Menyembuhkan Syaraf Kejepit
Obat Herbal untuk Limpa Bengkak
Pengobatan Glaukoma Tanpa Operasi
Pengobatan Untuk Kelenjar Air Liur Tersumbat
Obat Liver Tradisional

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.