Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Eloknya mahadhir jangan bercakap, bila bercakap kena batang Idong

‘Umpan’ BR1M, tradisi pemerintahan terdahulu
Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KOTA BHARU – Tidak dinafikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah ‘umpan’ BN untuk memenangi pilihan raya, malah ia merupakan ‘tradisi’ yang telah pun dimulakan sebelum pemerintahan kini, kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, malah dengan pemberian umpan ini juga kononnya menjadikan BN ‘kuat’, sekali gus umpan dianggap strategi utama dalam memenangi hati rakyat, sekali gus menang dalam PRU.

“(Pengerusi Bersatu) Tun Mahathir (Mohamad) misalnya telah menyekat royalti minyak yang sepatutnya diperoleh oleh Terengganu sewaktu ditadbir oleh Pas selepas PRU 1999.

"Demikian juga apabila Pas berjaya menawan Kelantan, pelbagai geran dan bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri telah disekat termasuklah hanya membahagikan baja subsidi kepada penyokong-penyokong BN sahaja,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Mahathir bahawa BR1M hanyalah merupakan umpan kerajaan untuk memancing sokongan rakyat untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, taktik umpan dan ugutan bukanlah bermula pada era pemerintah kini sahaja tetapi ia hanyalah penerusan kepada tradisi sebelum ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan turut merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Mahathir yang akhirnya berjaya menyedari implikasi daripada tradisi buruk yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Bagi pihak Pas, kita menentang segala kepincangan kerajaan sama ada dahulu dan sekarang. Kita tidak menentang atas nama mana-mana individu, dan tidak berjuang hanya untuk menjatuhkan individu. Tetapi perjuangan kita ialah menukar sistem yang pincang pada hari ini kepada sistem yang terbaik berasaskan wahyu ALLAH SWT,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Nak tukar system dgn berpeluk2 ketua perompak??? Peluk betul.

Anonymous said...

Ikut suka la ko nak tukar sistem. Jgn ko tukar jadi sistem syiah sudah ler..

Anonymous said...

Nak tukar sistem mcm mana klu kelantan pun tegolek.

Anonymous said...

Tengok gambar mamat tu macam nak muntah. Your setahun jagung mulut dah macam cibai

Anonymous said...

Klu setakat mamat ni yg cakap, abang jib masuk dlm lubang jamban jer...

Anonymous said...

Ketua penyamun negara umpan 90juta..lobai2 pun meleleh air liur mcm anjing dicampak tulang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.