Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERANA MARAHKAN SESEORANG, RELA JADI PENGKHIANAR MELAYU ?

Mahathir, Muhyiddin pengkhianat Umno
Mahathir, Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan sokongan kepada parti pembangkang dianggap sebagai pengkhianat kepada parti.

Perwakilan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, krisis perpecahan bangsa dan kaum di negara berlaku disebabkan oleh dua bekas pimpinan Umno tersebut yang menyatakan sokongan untuk bersama DAP.

"Setelah mereka menghuru-harakan negara, mereka kini kononnya bersatu dan duduk bersama parti rasis (DAP).

"Saya setuju dgn kenyataan presiden yang mengatakan bahawa dua bekas pemimpin Umno inilah punca perpecahan kaum di negara ini," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2016, semalam.

Mohd Rafi berkata, Mahathir dan Muhyiddin sanggup turun ke jalanan yang dilihat bertentangan dengan tuntutan agama dan perundangan negara ini.

Katanya, masa depan Melayu akan tergugat sekiranya perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan segera.

"Perlembagaan negara kini dipertikai dan diperkosa serta turut menjadi  bahan permainan.
"Dua individu ini(Tun Mahathir dan Muhyiddin) layak kita panggil pengkhianat kepada bangsa Melayu," katanya.

Jesteru itu, Mohd Rafii memaklumkan bahawa Umno Wilayah Persekutuan mencadangkan supaya kepimpinan di peringkat cawangan Umno perlu diperkasakan bagi memastikan parti terus subur.

Selain itu, beliau berkata, semua pemimpin dan ahli parti perlu kembali  berpegang kepada cogan kata bersatu- padu dalam di semua peringkat.

"Hentikan perpecahan, perbalahan dan tinggalkan kepentingan peribadi jika sayangkan bangsa serta parti keramat ini," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Hadi dan walaunta pengkhianat rakyat..

Anonymous said...

PEMIKIRAN BOS WALAUNTA "PEMBALAKAN BUKAN DI KAWASAN PETEMPATAN ORG ASLI. JAUHNYA 40 KM. INI SEMUA ORANG POLITIK PUNYA PENGARUH SURUH ORG ASLI BUAT SEKATAN"

Tengoklah kebodohan sang walaunta. Dia belajar sampai PhD. Sambung pulak belajar hadis dan hafal Quran. Habis belajar jadi ketua terus tibai balak.

Dia tak nak ambik tahu yg org asli cari basil kat hutan berhari2 baru balik. Jarak sampai ratus km dr rumah. Kalu hutan tebang 40 km dr rumah, Babi lari 80 km dr rumah.....

Tebang hutan 40 km dari rumah, air sungai teh susu bukan duduk diam 40 km situ aje. Dia gi gerak ke rumah org asli jugak. Org asli bukan ada paip. Org dpt duit beli banglo ranjer, org asli minum teh tarik. Basuh baju guna teh tarik, anak mandi guna teh tarik...

Senang kalu nak fikir tapi bila otak dah fikir duit hari2, maka terus jadi bangang.....pasal masa belajar geografi dia ponteng Dewan.

Anonymous said...

Ada tak menteri besar atau timbalan menteri besar naik ranjer gi kawasan rumah org asli utk berunding dan bantu selesaikan masala org asli. Untuk makluman, org asli tak duduk dalam banglo di hutan simpan. Mereka jln kaki dan bukan naik ranjer, velfire, ww atau BMW 7 series.

Datanglah melawat mereka. Jangan takut sbb mereka tak layan gambar biru jerman

Anonymous said...

Kenapalah di Husam ni lantik anak haram luar nikah ni jd punasihat dia...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.