Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB TAKUT DENGAN UGUTAN ?

Malaysia jangan masuk campur urusan Myanmar
Rohingya
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Myanmar menegaskan agar Malaysia tidak masuk campur hal dalaman negara yang sedang berhadapan krisis penghapusan etnik Rohingya itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, esok.


Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay berkata, Malaysia perlu menghormati kedaulatan negara mereka supaya tidak mencampuri hal dalaman negara Asean.

“Kami patuh dan menghormati prinsip itu. Kami berharap kerajaan Malaysia juga mematuhinya,” kata Zaw Htay kepada Myanmar Times.

Perhimpunan besar-besaran itu juga bakal disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas demonstrasi di luar Kedutaan Myanmar pada 25 November lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan suatu demontrasi bantahan yang akan dihadiri pimpinan negara, termasuk perdana menteri, akan diadakan pada Ahad bagi menyuarakan kebimbangan akan keganasan ke atas Rohingya di Myanmar.

Katanya, kita tidak akan berpeluk tubuh sementara ribuan orang Rohingya dibunuh dalam pembersihan etnik yang dibenarkan pemerintah mereka.

“Kekejaman oleh negara anggota Asean tidak boleh dibiarkan dan kita langsung tidak ada niat untuk mencampuri hal dalaman mereka (Myanmar),” katanya.

Zaw Htay sebelum ini menuduh demonstrasi di luar kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur adalah bentuk politik yang diatur untuk menarik sokongan rakyat Malaysia.

1 orang berkata:

cass said...

Myanmar bagi amaran pada kita supaya jangan masuk campur urusan negara mereka...mmg betul kalau nak difikirkan....bila kerajaan kita juga ada menyarankan supaya negara luar jangan nak menyibuk masuk campur dalam kemelut masalah dinegara kita....atas alasan dan dasar apa pun...setiap negara berhak keatas negara mereka sendiri...atas isu agama, politik dan sebagainya....cuma yg menjadi perbezaannya ialah kita bertindak menyuarakan ketidakpuasan kita atas dasar kemanusiaan...penindasan dan kekejaman keatas penduduk islam...kalau lah myanmar boleh memberi amaran kepada kita sebegitu rupa tanpa mengambil kira kita sebagai negara jiran dibawah panji panji asean....buat apa kita nak peduli lagi bila mereka boleh bertindak keatas penduduk islam...kita juga boleh bertindak keatas penduduk myanmar yang bukan islam dinegara kita...berlambak pendatang myanmar yang sedang menyemak dinegara kita...kita benarkan pendatang bukan islam myanmar bekerja dinegara kita atas dasar penyatuan negara berjiran...membantu sesama negara jiran...mereka boleh dianggap tak kenang budi...pendatang myanmar yang bukan islam ini pun bukannya banyak memberi keuntungan dinegara kita ini...selain masalah...buat sakit kepala saja ...kes bunuh sesama mereka...bergaduh sesama mereka ketika mabuk...masalah sosial..dan berbagai lagi...apa kata kalau sebagai kita memprotes teguran mereka supaya kita jangan ikut campur pentadbiran negara mereka kita halau saja pendatang yang bukan islam dari negara kita...cari dimana saja mereka berada...batalkan saja permit kerja mereka...arahkan setiap majikan yang mengambil pejerja myanmar memberhentikan mereka...suruh saja mereka pulang kenegara mereka....buat apa kita nak membantu negara yang tidak mengenang budi....tutup saja kedutaan mereka...tutup juga kedutaan kita disana...panggil pulang rakyat kita disana....boikot baranngan keluaran mereka...buat sekatan ekonomi secara menyeluruh....patut kita bagi pengajaran pada mereka yang umpama kacang lupakan kulit ini....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.