Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAKATAN HARAPAN SUDAH MANTAP, SO JANGAN LAGI SEBUT PASAL PAS

PAKATAN HARAPAN AKAN MENJADI LEBIH KUAT SEKIRANYA BERSATU MENYERTAI MEREKA, WALAUPUN BERSATU DAN AMANAH PARTI BARU TAPI CAKAP-CAKAP PEMIMPIN MEREKA SUDAH BOLEH DINILAI OLEH RAKYAT. 
 
BUAT MASA SEKARANG INI PARTI BERSATU SUDAH MULA DINILAI ORANG TENTANG SiKAP PENGURUSINYA TUN MAHADHIR MUHAMMAD YANG MUNGKIN KERANANYA RAKYAT AKAN LARI DARIPADA PARTI TERSEBUT, DAN SETERUSNYA AKAN MEMULAU PAKATAN HARAPAN ANDAINYA BERSATU MENYERTAI PAKATAN HARAPAN.
 
SALAH SATU MENGAPA BERSATU LAMBAT MENYERTAI PAKATAN HARAPAN ADALAH KERANA SIKAP MAHADHIR YANG TERLEBIH ACTNG DAN GELOJOH, DIA SEOLAH-OLAH NAK JADI BOS DALAM PAKATAN HARAPAN, DAN RAMAI MENGETAHUI BAHAWA SIKAP MAHADHIR AKAN BERUBAH SECARA TIBA-TIBA  PADA SEBARANG MASA DAN WAKTU   - Pak Karamu                                                                                                                                                              
 
 
‘Biar PKR, Pas jawab’
Lim Lip Eng
Lim Lip Eng

SHAH ALAM - “Saya rasa dua soalan itu patut dijawab PKR dan Pas,".  Itu komen ringkas Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng ketika diajukan mengenai akan berlaku lagi krisis empat parti di Selangor selepas Pas dan Umno duduk sepentas semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, kelmarin.

Pada himpunan itu, Umno dan Pas mengetepikan sempadan politik bagi mendesak badan antarabangsa dan negara komuniti bertindak menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Menurutnya, sejak tahun lalu DAP dan Pas sudah tiada hubungan di peringkat Pusat cuma hanya ada dalam pentadbiran Selangor sahaja berikutan parti Islam itu yang mahu menamatkan tahalul siyasi.

“Pada Jun tahun lalu, Pas pusat meluluskan usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal di Kerajaan Selangor.  “Oleh itu, soalan tersebut perlu dijawab PKR dan Pas,” katanya.

Sementara itu, beberapa wakil rakyat DAP yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi sebarang maklum balas.

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan Adun Kinrara, Ng Sze Han hanya memberi maklum balas ‘no komen’ ketika soalan diajukan kepadanya menerusi WhatsApp, semalam.

Sementara itu, Amanah Selangor menyifatkan keakraban Pas dan Umno dalam itu kelmarin jelas menunjukkan 'keserasian' parti politik berkenaan yang makin erat.

Pengerusinya, Ir Izham Hashim berkata, mengambil kira pendirian Pas yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 dan sebagainya memberi gambaran akan ada satu bentuk kerjasama Pas dan Umno dalam PRU akan datang.

“Saya berpendapat tidak ada krisis parti di negeri ini, cuma ia akan mengganggu sedikit sebanyak perjalanan dan persiapan Pakatan Harapan dalam PRU kelak di Selangor,” katanya.
Izham berkata, secara peribadi beliau tidak nampak akan berlaku kerjasama Pakatan Harapan dengan Pas walaupun ada yang berkata masih ada harapan.

“Kita membuka pintu tetapi tidak selama-lamanya. Pakatan Harapan semakin mantap dengan Bersatu yang akan bergabung dalam masa terdekat.

"Pakatan Harapan dengan empat komponen parti bersedia mempertahankan Selangor,” katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Setuju. Tak payah fikir pas lagi. Jgn today. Yg ptg buat kempen besar2an utk tarik ahli2 pas undi ph dan bersatu. Bukan semua ahli pas ambik baiah. Bukan semua ahli pas bodo mcm ketua mereka.

Anonymous said...

Cuba tanya kawan2 pas anda. Tanya adakah mereka akan undi calon pas lgi setelah hadi dan bos2 atasan pas sudah menyokong najib umno?

Insyaallah, mereka akan meninggalkan pas. Yg ptg kempen sedara berterusan. Pengundi melayu yg pecahkan tiga akan memihak kpd ph dan bersatu. Bakipengundi took pas dan umno akan berpecah dua. Majority melayu masih pd ph. Ph masih memang dgn sokongan padu non Muslim.

Anonymous said...

Confirm pas akan terkeluar dari kelantan. Hanya mereka yg cuba menipu hati dan naluri mereka sahaja yg brkata pas akan kekal di kelantan.

Anonymous said...

Pas cuba menggunakan umno supaya ahli umno mengundinya calon pas. Pada masa yg sama umno memasang perangkap utk melemahkan pas dari arena politik. Bila pas tersedar, sealants sudah terlambat.

Anonymous said...

Kami ahli Pas berjuang bukan kerana Najib atau Haji Hadi. Anon2 kena faham itu.parti hanya sebagai saluran sahsja.

Anonymous said...

Politik, dedak dan balak....

Anonymous said...

Kami berjuang untuk dedak

Anonymous said...

Ahli2 Pas berjuang utk diperbodohkan lebai2 dedak jual agama peralatkan Islam.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.