Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM MEMANG KERAS KEPALA, DIA INGAT DUN PAN

Husam tak hormat peraturan Dun: Speaker
Abdullah Ya'kub
 
Abdullah Ya'kub

JELI - Tindakan 'menghalau' Datuk Husam Musa (Amanah- Salor) ketika sesi penggulungan Sidang Dun Kelantan minggu lalu merupakan pilihan terakhir, kata Speaker, Datuk Abdullah Ya'kub.

Menurutnya, Dun mempunyai undang-undang dan peraturan yang antaranya tidak boleh dua atau lebih ahli dewan berdiri dalam satu masa.

"Ahli dewan yang sedang berucap, apabila ada ahli yang lain minta untuk mencelah dan beliau memberikan laluan, maka Speaker boleh benarkan beliau berucap. Begitulah sebaliknya.


"Saya telah memberi amaran kepada beliau untuk duduk, namun tidak dihiraukan. Arahan saya supaya beliau duduk bukan sekali atau dua, sebaliknya hampir 10 kali. Kalau beliau masih berdiri selepas tiga kali diberi amaran, apa lagi saya boleh buat. Beliau langgar peraturan dewan, " katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebagai individu yang diamanahkan untuk menjaga keharmonian dewan, apa lagi yang mampu dilakukan selain mengarahkan bentara membawa Husam keluar dari dewan.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, alasan tidak diberikan ruang untuk bercakap sepatutnya tidak timbul kerana ahli dewan diberikan ruang secukupnya sepanjang sidang Dun berlangsung selama tiga hari.

"Sepatutnya ketika sesi soal jawab dari jam 9 hingga 11 pagi beliau manfaatkan, walaupun tak kemukakan apa- apa psoalan, tak apa. Sebab dia ada hak untuk kemukakan soalan tambahan.

"Tapi beliau tak ada, tidak hadir ke dewan. Ketika sesi perbahasan pun, beliau muncul di saat akhir. Kalau nak kata saya tak bagi peluang kepada pembangkang, tak betul, sebab pada hari itu sembilan ahli dewan berucap dan enam daripadanya adalah pembangkang, " katanya.

Abdullah yang juga Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Jeli berkata, beliau tidak faham bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan Husam sudah begitu lama menjadi Adun, malah pernah bergelar Ahli Parlimen dan exco kerajaan negeri.

"Takkan beliau tak tahu undang- undang.Kalau ikut peraturan, bila lebih dari tiga kali sepatutnya beliau duduk la. Masa dah nak habis, tapi kenapa ketika itu dia ingin mencelah. Memamg saya cukup kecewa. Tapi kita masih berkompromi, saya tak gantung beliau, sedang saya boleh lakukan, " katanya.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, beliau tidak berdendam dengan sesiapa sebaliknya sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik.

"Akan datang saya akan berikan beliau peluang berucap seluasnya sebagaimana ahli yang berhormat lain sekiranya beliau datang awal.

"Beliau bangkitkan tentang ruang yang diberikan kepada Datuk Nozula Mat Diah (BN- Paloh). YB Paloh, walaupun beliau mencelah, tapi bila saya minta duduk, beliau akur, " katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Mana hilangnya tukang2 komen ekkk

Anonymous said...

Elehhhh..
Klu dah unta pondan tu mcm2 la alasan dia bagi.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.