Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS WAJIB JAWAB KENYATAAN MAHFUZ


HANYA KETURUNAN BERADAB BERBAHASA BERADAB

TIADA ALASAN !
PAS WAJIB JAWAB KENYATAAN MAHFUZ OMAR
YANG MENGATAKAN PAS GELOJOH, 
MENGAPA GELOJOH ?
SEPATUTNYA PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM YANG MENJAGA AKIDAH TIDAK BERSIKAP 
GELOJOH SEBAGAI YANG DIDAKWA.
KENYATAAN MAHFUZ INI MENGGAMBARKAN PAS
SEBUAH PARTI GELOJOH DAN SANGAT LEMAH BERFIKIR,
ADALAH
KETERLALUAN, SEOLAH-OLAH

PAS SEBUAH PARTI YANG  TERLALU RAKUS, 
OLEH ITU KITA MAHU MENDENGAR APA
KOMEN PAS TERHADAP TUDUHAN INI !


-Pak Karamu-


Pas, kerajaan gelojoh bawa usul RUU355
mahfuz
Mahfuz menjawab soalan media ketika sidang media di Parlimen.
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berpendapat Pas dan kerajaan terlalu gelojoh dalam membawa usul RUU355 untuk memastikan ia dapat dibentangkan di Parlimen.

Menurut beliau, kedua-dua pihak sepatutnya mengikut hala tuju (road map) jawatankuasa teknikal yang telah ditubuhkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan satu ketika dulu.

"Road map ini adalah bagi membolehkan enakmen jenayah di negeri Kelantan dilaksanakan iaitu dengan meminda RUU355 dan jawatankuasa ini juga telah bersetuju RUU355 ini mesti dibawa oleh kerajaan kerana ia di bawah bidang kuasa mereka.

"Jadi akibat daripada tindakan mereka yang tak mengikut road map ditetapkan ini, maka ia telah menyebabkan keadaan menjadi celaru," katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Mahfuz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengumumkan bahawa Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda RUU355 di Parlimen.


Sehubungan itu, Mahfuz berkata, pihaknya yakin bahawa sekiranya RUU355 dibawa secara bijaksana sepertimana ditetapkan oleh jawatankuasa teknikal, anggota BN tidak akan menolak usul tersebut memandangkan ia pernah dipinda serta diterima baik oleh semua pihak pada tahun 1984 dan 1989.

"Tiada sebarang masalah pada waktu itu dan kesilapan pada hari ini adalah kita mengamalkan politik gelojoh dalam membawa RUU355 tanpa menghormati jawatankuasa teknikal,"katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz memaklumkan bahawa pengumuman Najib tersebut adalah amat mengejutkan kerana sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa kerajaan akan membawa RUU355 di Parlimen.

Mahfuz berkata, kenyataan Najib tersebut seolah-olah menunjukkan tiada konsensus antara beliau dengan Ahmad Zahid dalam isu RUU355 ini.

"Dan yang lebih jelas lagi adalah sewajarnya beliau (Najib) mempertahankan kenyataan Ahmad Zahid bagi memujik Dewan Tertinggi BN,"katanya.

Selain itu, Mahfuz berkata pihaknya yakin usul RUU355 tidak akan dapat dibawa di Parlimen walaupun Najib mengatakan bahawa kuasa bagi memberi laluan terhadap usul itu terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat.

Tambah beliau, kuasa Speaker Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada usul RUU355 ini bergantung kepada kebenaran daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

"Saya fikir Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan bangun untuk beri laluan kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membawa usul ini sekali lagi di Parlimen.

"Kalau menteri memberi laluan, sudah tentu ia bercanggah dengan konsensus BN yang diumumkan oleh Najib,"katanya.    

6 orang berkata:

Anonymous said...

Umno memang bijak. Bila dia rasa ruu355 akan memecahkan kesatuan dalam BN, maka dia pulangkan balik pada Pas. Memang bijak betul strategi politik umno dan kawan2 dlm BN.

Akhirnya Pas kena patuk lagi. Dlm tempoh tak sampai 10 hari dah 2 kali kena patuk ular yg sama dlm lubang yg sama.

Jgn haraplah umno nak sokong ruu hadi tu. Tengok bunyi dah bahasa najib pun kita dah boleh agak dah!

Kesiannn pas.
Makin lama makin barai.
Yg dikejar x dpt, yg dikendung keciciran...
Otak tarakkk

Anonymous said...

Inilah bahana cash is king ciptaan najib. Lebai2 munafik PA$ sanggup gadai Islam dgn harga 90juta. Kuasa duit lebih hebat dari kuasa Al Quran dan Sunnah.

Anonymous said...

Pas jaga akidah?dlu ulamak pengajian pondok(ahlusunnah) tegur2 pas pasal isu akidah yg ada syubhat..ko ingat orang bodoh dan lupa ke?hehe..x payah membohong la jaga akidah..

Anonymous said...

Jaga din chicken ada la

Anonymous said...

Pas perosak akidah org Melayu dulu, kini dan selamanya. Betul tak pak walaun?

Anonymous said...

Jaga elaun kejaan negeri puluh2 ribu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.