Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANCURNYA PAKATAN HARAPAN NANTI KERANA MAHADHIR

Mahathir yang tidak ada pendirian tetap
Mohd Amar (dua,kiri) semasa merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas kali ke-64 sambil disak
Mohd Amar (dua,kiri) semasa merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas kali ke-64 sambil disaksikan Hanifa (kiri).

PASIR MAS - Pas menempelak kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan presidennya kurang berkarisma dalam membuat keputusan sehingga menyebabkan parti itu keliru membuat keputusan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Mahathir sebenarnya yang tidak mempunyai pendirian tetap apabila sering keluar masuk dalam Umno sebelum ini.

"Apa yang dilakukan ini jelas menunjukkan beliau seorang yang kecewa apabila beliau gagal memenuhi apa yang diimpikan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang menyifatkan Datuk Seri Hadi Awang kurang karisma hingga membuatkan parti itu keliru membuat keputusan.

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas Kali Ke-64 di Madrasah Nasrullah Pohon Buluh di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz serta barisan kepimpinan.

Mohd Amar berkata, pendirian Pas tetap kukuh sebagaimana terkandung dalam perlembagaan
"Kita tidak berganjak dengan apa yang telah diperjuangkan selama ini.

"Siapa jadi Presiden Pas ahli akan tetap memberikan sokongan," katanya.

Mohd Amar berkata, Pas juga tetap dengan pendirian untuk menentang Umno pada PRU-14 nanti.

Akhar tempatan melaporkan, Mahathir membandingkan karisma Abdul Hadi dengan pimpinan Pas terdahulu iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

Memang sudah jelas Mahathir tidak berpendirian jelas tetapi umurnya pun semakin singkat dan sekarang dia sedang berjuang untuk keadilan rakyat. Adakah pendirian kita jelas dengan keadaan rakyat sekarang? Apa yang kita buat untuk rakyat sekarang? Adakah dengan berpecah maka rakyat akan jadi lebih selesa? Apakah dengan kekalnya BN memerintah akan menjadi rakyat terbela? Adakah RUU 355 adalah keutamaan yang menyebabkan rakyat jadi senang? Apakah pemimpin PAS dan pembangkang fikirkan hanya semata-mata untuk menjaga ego?

Anonymous said...

Kpd hj hadi.
Berhentilah drp jadi adun dan mp. Berjuanglah terus kpd islam secara berdakwah dgn jelas. Tak ke mana perginya islam kalau dicampur aduk dgn politik kepartian, pangkat dan kuasa utk kepentingan diri. Elakkanlah drp menjadi penunggang agama.

Anonymous said...

Bersatu teguh, bercerai roboh. Minta hj hadi, hj nik amar, nik abduh dan nasruddin belajar memikir dan menghayati pepatah ini. Jangan ikut hasutan syaitan dan iblis yg memang berusaha melemahkan kamu. Buanglah ego tu kalau betul kamu berjuang di jalan Allah... Allah suruh kita guna otak dan bukan ikut hawa nafsu serta dendam kesumat. Kecuali jika kamu ingin melihat pas semakin lemah dan pupus.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.