Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MOHD FADZLI TEMPELAK HADI ATAS RUU355 ? HADI PERLU JAWAB


 APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU ?

MENGAPA BARU SEKARANG DICERITAKAN ?

SEBELUM INI MENGAPA  SEMUANYA BISU ?

MENGAPA BARU SEKARANG MAHU BERSUARA ?

HANGPA SEMUANYA MEMANG HAMPEH !

-Pak Karamu-


Saran tarik semula RUU 355
Dewan Rakyat
Dewan Rakyat

KUALA ROMPIN – Pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) atau Akta 355 yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu ditarik semula.

Peguam Syarie, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, pindaan itu dicadangkan supaya diserahkan kembali kepada jawatan kuasa teknikal melibatkan pakar-pakar yang dibentuk sebelum ini.

Menurutnya, keengganan kerajaan  membentangkan pindaan RUU 355 itu di Parlimen dan menyerahkannya kembali kepada kepada Ahli Parlimen Marang itu suatu yang telah dijangka.

Menurutnya, sebelum pindaan RUU 355 itu dikemukakan kepada Parlimen untuk dibentangkan sebagai RUU persendirian, telah ada jawatankuasa teknikal dibentuk yang dianggotai di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan Kelantan menghimpunkan pakar syariah dan undang-undang pentadbiran Islam dalam negara.

Beliau berkata, jawatankuasa itu umpama ‘road map’ bertujuan meneliti sehalus-halusnya bagaimana perjalanan pelaksanaan undang-undang syariah khususnya melibatkan bidang kuasa jenayah seperti hudud, qisas dan takzir boleh dilaksanakan dalam negara.

Katanya, ia adalah suatu perbincangan yang lebih komprehensif dan menyeluruh tentang bagaimana undang-undang Islam itu boleh dilaksanakan dengan meneliti pelbagai sudut terutama dari sudut pelaksanaan, sudut penguatkuasaan serta kaedah pembawaan di mahkamah mengikut kerangka perundangan dalam negara yang ada seperti halangan dari sudut perlembagaan atau halangan common law itu sendiri.

“Jawatankuasa ini dianggotai ramai pakar perlembagaan dan pakar undang-undang syariah, malangnya belum pun Jawatankuasa teknikal undang-undang Islam ini menjalankan fungsi sebenarnya, MP Marang  telah kemukakan di parlimen untuk meminda RUU 355.

“Kebanyakan daripada AJK teknikal ketika itu tidak tahu apakah yang terkandung dalam RUU itu secara perlaksanaannya, malah ketika itu juga AJK Kerja Pas Pusat pun tidak tahu tentang latar belakang RUU persendirian ini,” katanya kepada pemberita, semalam.

Jika melihat atas kertas, Mohd Fadzli menjelaskan RUU Persendirian pindaan terhadap RUU 355 adalah satu perkara yang sangat baik dan tidak dinafikan ia meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah daripada apa yang ada pada hari ini.

Maka, beliau mencadangkan supaya Abdul Hadi menarik semula RUU Persendirian itu dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada JK Teknikal Pelaksanaan Undang-undang Syariah untuk berfungsi semula.

“Maksud saya adalah kaji semula dari aspek perundangannya, bagaimana menghadapi halangan perlembagaan, bagaimana menghadapi pelaksanaan dan penguatkuasaan, jadi serah kembali kepada jawatan kuasa yang dibentuk oleh Pas dan kerajaan pusat pada suatu ketika dulu.

“Melaluinya dapat merungkai masalah polemik yang berlaku pada hari ini akibat daripada RUU 355 ini, ramai yang dilabel dengan label tidak sepatutnya sekali gus menampakkan imej tidak baik kepada Islam sedangkan ia belum pun dibentangkan,” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar JK dapat berfungsi secara non-partisan iaitu tidak memihak selain mengambil kira pandangan bukan Islam dengan sesi dialog boleh dikemukakan kepada mereka supaya undang-undang Islam bukan sahaja adil untuk orang Islam tetapi juga boleh diterima mereka.

Mohd Fadzli menjelaskan, sekiranya mereka (bukan Islam) tidak mahu dihukum dengan undang-undang Islam tetapi mereka boleh terima keadilan melalui undang-undang itu kepada orang Islam supaya suatu hari mereka boleh lihat indah dan adilnya undang-undang Islam.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kebimbangan sekiranya pindaan RUU 355 lulus dalam keadaan tidak sempurna dari sudut perkara-perkara sokongan, ia akan memberi gambaran buruk kepada Islam.

“JK teknikal ini sepatutnya kaji aspek-aspek lain seperti common law dan civil dalam bidang undang-undang Islam kerana ia bukan aspek jenayah semata-mata.

“RUU 355 perlu dirujuk kepada JK Teknikal supaya undang-undang Islam sebenar diperkenal dalam negara kita iaitu undang-undang jenayah hudud, qisas dan takzir termasuk undang-undang sivil melibatkan orang-orang Islam selaras al-Quran serta sunnah,” katanya.

3 orang berkata:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Pemimpin2 PAS dan UMNO berpakat mempermainkan Islam dan hukum Allah. Hanya walaun2 biol dan macai2 dedak buta hati, IQ 1% yg masih pertahankan pemimpin2 munafik spt tu.

dong dong23 said...

true religion jeans
mlb jerseys
oakley sunglasses
adidas superstar
yeezy boost 350 v2
lebron james shoes
christian louboutin sale
cheap jordans
burberry handbags
adidas yeezy boost 350
20174.15wengdongdong

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.