Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR

Pas Terengganu desak putus kerjasama dengan PKR
Pas Terengganu desak putus kerjasama dengan PKR
Wan Sukairi (lima dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Terengganu yang baharu bagi sesi 2017-2019.
 
KUALA TERENGGANU – Pas Kawasan Kuala Terengganu mendesak Pas Pusat memutuskan kerjasama politik atau tahalluf siyasi dengan PKR.

Perkara itu yang diusulkan Pas Cawangan Kampung Padang dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-42 di Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu, di sini.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, usul tersebut diterima selepas dibahaskan dan diterima perwakilan yang mengambil kira beberapa perkara termasuk hubungan dengan PKR di negeri ini.

“Ini kerana tindak-tanduk PKR yang tidak menjaga sensitiviti rakan tahalluf siyasi (Pas) di Terengganu dengan bekerjasama dengan Amanah termasuk memberi ucapan atau ceramah yang memberi gambaran buruk kepada Pas.

“Ini menunjukkan mereka tiada semangat setia kawan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, usul lain yang dipersetujui pihaknya adalah meminta Pas meletakkan kesemua calon-calon Pas di semua kawasan di Terengganu termasuk di Dun Bandar yang ketika ini disandang wakil rakyat PKR.

“Selain itu, ada empat usul yang diterima tanpa bahas dan salah satunya adalah memastikan calon-calon yang bertanding terdiri daripada calon Pas dan berpendidikan tinggi,” katanya.

Sementara itu, keputusan pemilihan bagi Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu mengekalkan gandingan Wan Sukairi sebagai Yang Dipertua Pas kawasan dan juga Hamzah Ngah sebagai timbalannya bagi sesi 2017-2019 untuk meneruskan agenda Pas kawasan pada sesi kali ini.

Manakala naib yang dipertua disandang oleh Ahmad Amzad Hashim yang merupakan Ketua Penerangan Pas kawasan pada sesi lepas.

Jawatan pengerusi tetap Pas kawasan disandang Suhaimi Taib manakala timbalannya disandang oleh Napisol Ismail.

Bagi jawatan ketua urusan ulama kawasan, ketua pemuda Pas kawasan dan ketua muslimat Pas kawasan kekal disandang orang lama masing-masing ialah Halias Abu Bakar, Mohd Azrin Mohd Arif dan Shamsiah Abu Bakar.

Bagi jawatan ahli jawatankuasa (AJK) Pas kawasan, empat daripada 16 orang merupakan muka baharu iaitu Zaiton Abbas, Rahimah Muda, Abu Bakar Salleh dan Ahmad Sharifuddin Ibrahim.

AJK lain yang kekal ialah Ahmad Kamal Ali, Mohd Soud Said, Aidil Adha Tahir, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Ahmad Shah Mohamed, Zuraida Md Noor, Dr Hamdan Mohamed, Mohd Al- Ghazali Abu Bakar, Azmi Mat Yasin, Salleh Abdullah, Md Nordin Ali dan Othman Yusof.

13 orang berkata:

Aseph My said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Terpekik terlolong mcm polong. Tapi masih melutut dgn PKR, Amanah dan DAP di Selangor. Takde maruah parti hamPAS.

Anonymous said...

Lapiran dari bwrnama..

PKR Tidak Akan Putus Hubungan Dengan PAS - Azmin Ali


Dah agak dah... maNe beraniii..
Tak masyukkkk ler..

Anonymous said...

Ya.....putus...kasi putus...kita lihat sape yg kena....

Lone ranger pomen said...

Dari hari tu. Putusnye tak jugak. AZmin ni kekadang hangin pulak aku tgk la. Org dah layan ko mcm biawak pun ko nak baik2. Oh, ye la, AZmin ni bukan ulama. Kena banyak sabar layan ulamak. Ye la, org kate ape, pewaris nabi. Kena la layan baik2. Whatever.

Anonymous said...

Woo.. kalau kau orang pilih PH pru 14 ni dan menang.. ko semua dapat pepimpin paling berpengalaman memerintah msia..
Hebat woooo. 51 tahun jadi pemimpin.. hu.hu.hu.. mesti msia cepat maju..
Penuh pengalaman...kik..kik..kik..

Anonymous said...

Maksud azmin hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama Islam takkan terputus dgn mana2 parti politik termasuk PA$.

Kalo PA$ ada maruah cepat2lah angkat kaki sendiri berambus dari Selangor. Takkan itu pun walaun biol nak kena ajar.

Mengapa hamPA$ masih melutut pd PH (PKR, Amanah dan DAP)? Tak malu ke parti melukut ni?

Anonymous said...

Tuang presideng munafik PA$ jd MB sepenggal dah kena tendang dgn rakyat Terengganu. Ketua lebai pondan.kik kik kik

Anonymous said...

Terengganu dan Kelantan pasal tu tak maju2 sampai skrg. Dipimpin lebai2 pondan jual agama hamPA$ 90juta. huhuhu

Lone ranger pomen said...

Ntah. Selangor dgn PP elok je. Menang lagi.besar pru13 hari tu. Errr, bukan pas.Jadi menteri besar kan.

Anonymous said...

Dulu pas menang kat kelantan pun sbb ada nik aziz yg bekerjasama dgn dap dan pkr. Nik aziz dah tak ada ni, lingkup la pas.

Elehh...niaga pun bukan nak untung. Bertanding bukan nak menang!! Kan....

Anonymous said...

Ehhelehhhh... apa la sangat pengaruh Dap & Pkr di kelantan..
Jangan la auta...

Anonymous said...

PA$ pelacur agama bakal melingkup di Kelantan. Amanah atau Umno jd kerajaan baru.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.