Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS&PKR PUTUS

Empat kawasan usul putus hubungan politik Pas-PKR
Satiful Bahri Mamat
Satiful Bahri Mamat
 
KUALA TERENGGANU - Empat kawasan Pas di Terengganu yang telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Pesuruhjaya PasTerengganu, Satiful Bahri Mamat berkata empat kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

"Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar Pas nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh Majlis Syura.

"Bagi Pas Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan... seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar Pas berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dun Terengganu di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan empat lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu tahaluf siyasi dengan PKR kembali hangat diperkatakan.   

Beliau berkata, usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh Dewan Muslimat Pas pada muktamar tahun lalu.

"Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut," katanya.

Ketika ditanya adakah Pas akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya Majlis Syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata, Pas Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.

"Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan Pas dalam kerajaan," katanya.

Semalam, 12 daripada 13 kawasan Pas di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR. - Bernama
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.