Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASUK RUMAH ORANG KEMUDIAN MENCURI PULAK !

 
JIKA KITA BERBAIK DENGAN ORANG 
ITU ADALAH ANJURAN ISLAM,
 
NAMUN APABILA KITA BERBAIK, MEREKA 
SERING DATANG BERTANDANG KERUMAH KITA,
ITU TAK APA LAGI. KONON UNTUK KUKUHKAN
PERSAHABATAN, PAS AKUR DENGAN PERSAHABATAN.
 
BILA DAH LAMA KENAL MENGENAL, RUPANYA
SAHABAT KITA ITU MENCURU PULAK DIA.
INILAH PERANGAI BARUA APABILA MEREKA
BERKETURUNAN PENYAMUN DAN PENYANGAK.
 
MAKA MENJAILAH HARTA PAS JADI HARTA DIA
CAWANGAN PAS JADI CAWANGAN DIA
AHLI PAS JADI AHLI DIA.
 
DALAM BERBAIK-BAIK PENYAMUN NI KENAKAN PAS
SEBAB ITU PAS JANGAN LAGI TERKENA DENGAN PUAK-PUAK PENYAMUN NI.
 
SIAL PUNYA PENYAMUN !!!
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas’
‘Maaf, tak boleh ambil kerusi Pas’
Tuan Ibrahim (dua, kiri) ketika hadir Ceramah Perdana, anjuran Pemuda Pas Perak, kelmarin.

BUKIT GANTANG - Pas tidak akan mengorbankan kerusi yang memang sudah menjadi tradisinya demi memberi laluan kepada parti pembangkang lain pada PRU14.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu muktamad kerana Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang dalam pilihan raya.

Namun katanya, Pas mengalu-alukan kerjasama  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dasar dan prinsip parti untuk menang PRU14.

“Kami (Pas) tidak akan menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana pakatan, kerana setiap kali berpakat, Pas terpaksa korbankan kerusi yang ada.

"Sebelum ini, dengan Parti Semangat 46, Pas terpaksa mengorbankan satu pertiga kerusi dan dengan PKR juga begitu. Kita perlu menyerahkan kerusi setiap kali muafakat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dan Yang Dipertua Pas Bukit Gantang, Faisal Abd Raman.

Tuan Ibrahim berkata, kini Pas diminta menyertai Pakatan Harapan, tetapi dengan menyertainya, Pas terpaksa menyerahkan kerusi.

“Itu tidak akan berlaku, kita (pembangkang) boleh sama-sama tumbangkan Umno dan BN tetapi jangan ganggu kerusi Pas. Minta maaf, tak boleh.

“Pas sentiasa buka pintu perundingan, tetapi apabila masuk ke rumah kami, jangan curi barang kami,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana parti pembangkang lain untuk tidak cuba merampas dan jatuhkan kerajaan Pas Kelantan.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kerusi tradisi kalah....lawan tunggul kayu pun tetap kalah.

Anonymous said...

Tbaik pas...biarlah berseorangan drp ditikam dr belakang..cukup cukuplah..menang kalah itu Allah tentukan...istiqamah tetap istiqamah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.