Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERANA MULUT CELUPAR TANGGUNG SENDIRI

Pas bertanding semua kerusi di Selangor
Mohd Zuhdi
Mohd Zuhdi

KOTA BAHRU - Pas mengatur strategi menawan Selangor dengan tidak menolak kemungkinan meletakkan calon di semua kawasan yang memiliki 40 peratus pengundi Melayu.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, kajian parti itu mengambil kira senario politik semasa termasuk saingan tiga penjuru melibatkan Pas, BN dan Pakatan Harapan.

Beliau berkata, Pas Selangor juga hampir pasti menambah kerusi Dun dan Parlimen untuk ditandingi, termasuk meletakkan calon di kawasan yang ditandingi DAP dan MCA.

"Tidak dinafikan di Selangor  tidak seperti negeri lingkaran (pengundi) Melayu, walaupun Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) menyindir kita, Pas ada strategi dengan menyasarkan untuk bertanding di kerusi yang berpotensi di mana pengundi Islam 40 peratus ke atas.

"Contohnya, Dun Sungai Pelek, Parlimen Sepang, disitu DAP lawan MCA, sebenarnya pengundi Melayu ramai, sekiranya parti itu terus tolak RUU 355,  kita akan letak calon," katanya kepada pemberita selepas ceramah isu-isu semasa di Cherang, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Pas mahu tawan Selangor]

Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz  mengesahkan parti itu akan menjadikan Selangor termasuk lima negeri sebagai sasaran untuk ditawan dalam PRU14 nanti.

Kenyataan itu menyebabkan Azmin membuat serangan balas dengan menyindir Pas khususnya Nik Abduh yang berhasrat menawan Selangor walaupun kalah dalam pemilihan kawasan Pas Pengkalan Chepa.

Mengulas status kerusi Pas yang ditandingi PKR sebelum ini, Zuhdi berkata, keputusan itu bergantung kepada Muktamar Pas sama ada hubungan dua parti itu masih terjalin atau sebaliknya.

"Setakat ini kita masih ada hubungan, sekiranya muktamar buat keputusan putus hubungan, status quo kerusi  itu akan hilang. Kalau muktamar dan majlis syura buat keputusan, bukan setakat Selangor, kerusi di Kelantan seperti Tanah Merah, Machang dan beberapa tempat lain juga kita ambil," katanya.

Ditanya peluang Pas untuk menang, Zuhdi berkata, parti itu mengharapkan tsunami politik Islam berlaku sebagaimana  momentum yang sama terjadi kepada masyarakat Cina pada PRU13 yang lalu.

"kita akan menjana pengundi Islam, kalau PRU lalu, NGO Cina memberi sokongan, kita juga harap pada kali ini, NGO Islam, tokoh-tokoh agama boleh menjana Islam sekaligus memilih Pas.

"Bagi kami empat atau lima negeri selain 40 kerusi kerusi parlimen seperti mana yang disebut Presiden Pas, kalau Umno masih memerintah, kita  akan jadi  'chek and balance' yang berkesan," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Sila kan. Bertandinglah wahai pas dimana mana pun. Ini negara demokrasi. Siapa yg akan binasa nanti kita tunggulah keputusan PRU.

Ibu.Karina Safah said...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.

Anonymous said...

Mp pas bodoh tahap gaban..sorang pun x ada telor tanya jamil khir pasal ruu355..si presideng kata nk tgk draf dulu..bodoh teramat..lebai dedak setan

Lan said...

Mamat atas tu siapa ? Apa sumbangan dia pasa PAS selama ini ? Ini antara pensyarah yg dok dalam PAS tapi x pernah kena tindakan ? Kenapa ? Sendiri fikirlah .... Kalau marah sangat dgn MB selangor gesa exco2 PAS & ahli2 PAS yg ada dalam kerjaan selangor letak jawatan , baru gentelman .

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.