Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CUKUP-CUKUPLAH PAS DIHINA DAN DIPERMAINKAN


APABILA PAS BERBAIK SANGKA PADA

AWALNYA DENGAN PKR, MAKA BANYAK

JUGA KERUSI PAS DISERAHKAN PADA

PKR, KUNUN DEMI PERSAHABATAN

NAMUN KEBAIKAN PAS TIDAK DIHARGAI

MALAH APA YANG MENJADI MILIK PAS

TELAH MENJADI MILIK PKR.


SEKARANG SAMPAI MASANYA PAS DAN PKR

MEMBAWA HALUAN MASING-MASING,

PKR DAN PARA PIMPINANNYA BOLEH FIKIRKAN

SECARA IKHLAS SAMA ADA MEREKA BERSIKAP

BENAR ATAU SEBALIKNYA.


-Pak Karamu-

 

 

Selasa, 28 Mac 2017


LUAHAN HATI PARA PEMIMPIN, AHLI-AHLI,  PENGIKUT DAN PENYOKONG PAS: Siapakah Pengkhianat Pakatan Yang  Sebenarnya




Ketika  Anwar Ibrahim  dituduh di mahkamah kerana kes LIWAT 1 dahulu, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang  menulis  buku bab Qazaf mempertahankan Anwar berdasarkan prinsip undang-undang  jenayah Islam.

Seepas dibebaskan kali pertama, Anwar mengulangi perkara yang sama.

Sewaktu Lim Guan Eng mula  disiasat SPRM kerana  kes banglo, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan  pemimpin pertama yang mengatakan Guan Eng tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Tatkala Pendaftar Pertubuhan (ROS) berura-ura memberi amaran seolah-olah DAP bakal diharamkan menjelang PRU 13,  Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang  menawarkan kepada  DAP agar  bertanding menggunakan nama parti dan  logo PAS.

Apabila krisis kepimpinan  Menteri Besar Selangor berlaku hasil dari Langkah Kajang, Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang  memberi sokongan tanpa berbelah bahagi kepada Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar, walaupun Tuan Guru boleh mengambil  kesempatan dengan lebihan kerusi yang ada pada PAS di Selangor, menuntut jawatan Menteri Besar.

Bila Azmin Ali jadi Menteri Besar,  kuota Exco  PAS dalam kerajaan Selangor  ditambah dari 4 kepada 3, kononnya nak balas jasa PAS dan Tuan Guru.

Jiwa besar Dato' Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah dihargai oleh DAP dan PKR.

Pemimpin-pemimpin  DAP bermulut celupar dan biadap menuduh Dato' Tuan Guru Abdul Hadi sebagai  penyebab hancurnya  Pakatan Rakyat.

Perkataan-perkataan orang tua nyanyuk, bodoh, dan lain-lain gelaran yang hina dan biadap jadi mainan para pemimpin DAP.

Ketika  PRK Sungai Besar, Azmin Ali menjemput Dr Abdul  Rani ke Majlis berbuka puasa. Demi menghormati Azmin sebagai Menteri Besar, Dr Rani menerima undangan berbuka puasa tersebut.

Akhirnya, tanpa ada rasa smpati dan kasihan belas, Azmin Ali menjatuhkan maruah dan air muka Dr. Rani di hadapan orang ramai dengan membuat perisytiharan bahawa PKR menyokong calon PAN menentang Barisan Nasional di PRK Sg. Besar.

Setiap yang jahat dan buruk, semuanya diletakkan atas bahu dan kepala Dato' Tuan Guru Abdul Hadi dan Parti PAS.

Yang elok, yang baik dan yang memberi keuntungan pada PKR, PAN dan DAP, semuanya mereka bolot,  seolah-olah PAS tiada nilai dan harga diri dalam Pakatan Rakyat.

Cukuplah wahai para pemimpin,  ahli-ahli, pengikut serta penyokong PAS kita diperbodohkan oleh mereka.  Biarlah buruk dan baik, kalah dan menang,  kita tanggung sendiri.

Terlentang sama minum embun, tertiarap sama makan pasir,  namun untuk bersekutu dan bersekongkol semula  dengan parti-parti DAP,  PKR dan sekutu-sekutu mereka *TIDAK SEKALI-KALI*


*ALLAHu AKBAR*

4 orang berkata:

Anonymous said...

PA$ di bawah Hadi dah dilaknati Allah dan memang hina. Parti lebai2 pondan jual agama 90juta.

Anonymous said...

Tbaik....bjuang sndiri..drp ikut kumpulan yg tikam blkg..

Anonymous said...

Kesian pas. Asyik kena tikam belakang, kena main, kena kencing. Kena patuk ular je dah masuk 3 kali.

Kesiannya.
Gunalah otak sikit.

Anonymous said...

Dpd ulasan di atas, walaun mmg suka SPIN. Tiada kesahihan utk mengatakan Hadi pemimpin pertama membela LGE tdk b'slh dlm kes banglow sbl dibuktikn di mahkamah tp kes DOJ di US diam tnpa ulasan, siapa yg cuba pertahankn TS Khalid sehinggakn ada dua Adun PA$ yg t'pksa tdk Wala' utk sokong DS Azmin & takde sorg pun Adun PAS yg mengundi utk DS Azmin d'pilih. Siapa yg lebih celupar semasa masih dlm PR tentang Pil Kuda, adakh satu kesalahan DS Azmin nyatakn sokongan terhdp calon Amanah sdgkn hubungan PR telah tdk wujud shggakn berlaku pertandingn 3 penjuru di Sg Besar tp dangkalnya msh kekal bersama dlm Exco Selangor. Terlentang sama minum embun, harap2 ianya embun & bukannya menadah air kencing masuk ke mulut spt dlm kes RUU355. Dh di benarkn bentang mintak tangguh, BN baru kata nak bentang serah bulat2, BN tak jd bentang ckp kembali kpd keadaan asal, usulkn dlm Parlimen ahli parlimen PA$ diam, yg dh lulus dkt Terengganu sejak 2002 tak laksana.. mmg istiqamah berpusing2 mcm gasing tnpa hnti smpi pening.. sejarah tdk menipu..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.