Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU SEMAKIN BODOH DALAM BERPOLITIK


MELAYU TERUS DIPECAHKAN OLEH
........... MEMANG MELAYU TAK SEDAR
DIRI, MELAYU BOLEH DINILAI DENGAN 
FULUS WAL MAMPOS

AKAN JADI PARTI NYAMUK MACAM KUALI

-Pak Karamu-
 
 
 
Parti baharu hanya platform popularkan diri
Abu Bakar Ghani
Abu Bakar Ghani
KUALA TERENGGANU - Dua bekas pemimpin Umno, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bercadang tubuh parti baharu dilihat tidak lebih hanya sebagai batu loncatan mempopularkan diri sendiri.

Bekas Ketua Penerangan PKR Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, kedua-duanya seolah-olah mahu menjadi hero dalam isu rasuah sedangkan mereka boleh melakukan perkara tersebut lebih awal ketika berada dalam Umno dan juga badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) yang pernah dipimpin Ezam.

Menurutnya, tiada parti yang boleh membasmi rasuah kerana tugas tersebut telah pun diberi perhatian penuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan tertinggi yang bertanggungjawab menangani isu terlibat dalam negara.

“Semakin ramai hendak jadi hero untuk basmi rasuah. Kalau begini, semakin banyak rasuah, semakin banyaklah tubuh parti.

“Macam Ezam, kalau benar-benar mahu berjuang menangani rasuah, tidak payah keluar PKR. Ini tidak, keluar PKR tiba-tiba masuk Umno... Dulu dia menjadi pengerusi Gerak untuk menangani rasuah. Tidak perlu tubuhkan parti untuk berjuang atas isu rasuah.

“Bagi saya, kalau kata hendak menangani rasuah melalui badan bukan kerajaan (NGO) pun sudah cukup,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Ezam dan Khairuddin yang mahu mempertimbangkan menubuhkan sebuah parti politik baharu yang bermatlamat memerangi rasuah di negara ini.

Kedua-duanya menjadi pelopor kepada parti baharu yang dilaporkan akan memberi tumpuan kepada usaha menarik golongan belia.

Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Umno Bahagian Kuala Nerus memberitahu bahawa Ezam bukanlah seorang pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan sehinggakan penyokong-penyokongnya sebelum ini berasa tertipu dengan tindakan bekas pemimpin terbabit.

Abu Bakar yang sebelum ini merupakan bekas ahli Pas turut mengakui menyokong perjuangan Ezam sehinggakan menyertai PKR suatu ketika dahulu dan kemudian menyertai Umno selepas Ezam masuk parti itu.

“Ezam tiada pendirian. Mereka yang ikut dia dulu berasa tertipu. Saya melihat dia tidak layak untuk jadi seorang yang memimpin perjuangan parti. Daripada Ezam, lebih baik (Datuk Seri) Azmin Ali yang sehingga kini istiqamah dalam PKR.

“Bagi saya Ezam hanya cari kesempatan, cari glamor. Masa dalam Umno dulu, dia tidak buat apa-apa pun. Lepas habis tempoh senator, dia pun hilang juga,” katanya.

Sementara itu, beliau turut sinis mencadangkan Ezam supaya menggunakan simbol kotak bagi parti baharunya kerana Ezam popular dengan isu kotak dan tidak pernah lekang dengan isu tersebut yang dikatakan mengandungi dokumen rahsia berhubung salah laku pemimpin.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tuang presideng sotong paling bodoh..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.