Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SUDAH TIADA PILIHAN, PUTUSKAN SAHAJA PERHUBUNGAN PAS PKR

 
BILA PUTUSKAN PERHUBUNGAN ANTARA 
PAS&PKR, BARU TAHU JAGA MULUT.
 
RATA-RATA MULUT TERSANGAT CELUPAR BILA
KESOMBONGAN MEMERINTAH DELANGOR
MENJADI MODAL YANG ANGKUH
 
PKR BOLEH BERKAWAN RAPAT DENGAN
PAN DAN DAP  YANG BIJAK, KUAT
DAN BIJAKSANA
 
-Pak Karamu-

 
 
PKR tidak akan putus hubungan dengan Pas
Mohamed Azmin Ali
 
Mohamed Azmin Ali
SHAH ALAM - PKR tetap berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan Pas sekalipun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PKR tetap yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

"Keadilan (PKR) di peringkat pusat, negeri dan cabang tidak pernah putuskan hubungan dengan sahabat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dun Selangor ke-13 yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Bangunan Dun Selangor di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Abdul Hadi berkenaan 'memikul biawak hidup', Menteri Besar Selangor itu berkata: "Usahlah lontarkan istilah begitu, tidak manis di khalayak ramai, kita patut zahirkan kata-kata yang lebih manis, lebih lunak.

"Kita kena saling hormat-menghormati sebab kalaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun tiada keperluan guna istilah itu," katanya.

Pada Sabtu lepas, media sosial melaporkan Abdul Hadi berkata Pas tidak akan bersama Pakatan Harapan atau pun BN bagi menghadapi pilihan raya umum.

Abdul Hadi berkata kerjasama dengan parti lain umpama 'memikul biawak hidup', dan Pas akan mengambil pendekatan sendiri dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.  –Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

PA$ berambus, satu rahmat buat rakyat Selangor. pak walaun asik buat bising je..cepat2 angkat kaki belahhh..PA$ parti pelacur agama takde maruah.

Anonymous said...

Pkr patus berambus. Bukan majoriti pun.

Lone ranger pomen said...

Sape kate. Kat tempat lain nak putus. Selangor tak nak putus, pasal ape, takut terputus bekalan je. Biawak pun biawak la, janji cukup bulan soru tak miss. Pas dgn sesumpah jadian pun boleh kena tipu.

Anonymous said...

Ha ha ha....lawak

Anonymous said...

Pecat le wakil Pas selangor kalau PH ada telo...

Anonymous said...

Ingat PH jahat mcm lebai2 jual agama dlm PA$? Ada maruah letak jawatanlah. Terpekik terlolong mcm polong tak nak ada kaitan dgn PKR, Amanah dan DAP. Tapi melutut dgn PH di Selangor.

Anonymous said...

PA$ pelacur agama.

Anonymous said...

Alasan... takut soru tak masyukk..la tu..tunggu la pru14. Tengok PH dok kt mane...
Hari ini pun MB selangor dah merintih.. he..he.. padan la .hari tu bukan main berlagak.. mulut celupar.. kik.kik.kik..

Anonymous said...

Rakyat Selangor pasti tolak Umno penjual bangsa dan PA$ pelacur agama. Kelantan pun PA$ akan tersungkur. Tengok PA$ akan berkubur terus.

Org melayu Tganu dah lama tendang presiden PA$ munafik kaki ponteng. MB sepenggal masa zaman reformasi.kik kik kik

Anonymous said...

Klu letak jawatan kat selangor, susahlah bisnes din chicken

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.