Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG BARUA PUUUUUN !

Selasa, 21 Mac 2017

Barua-Barua Pakatan Haram Mula Menyerang PAS

www.bebaskanmalaysia.blogspot.my

Banyak blog yang gua baca menyerang PAS dari segenap penjuru sampai tak sempat nak bernafas sejak isu menutup pintu rundingan dengan PPBM dan banyak cawangan-cawangan PAS yang sedang bermuktamar mengusulkan agar Tahalluf Siyasi dengan PKR di kaji semula. Tiada satu pun yang betul sampaikan golongan Wahabi pun tumpang sekaki dengan mempertikaikan tentang mimpi berjumpa Rasulullah S.A.W yang mana blog alkusen babi panggang sebagai medium penyebarnya.

Kenapa bila PAS menutup rundingan dengan PPBM, bukan main marahnya puak-puak celaka yang masih bodoh sombong. Kalu gua kata puak-puak nih bodoh sombong bukan main lagi serang gua. Sedarlah wahai golongan Pakatan Haram bahawa puak-puak lu sudah menjadi barua kepada orang yang dulu adalah musuh lu paling wahid sehinggakan lu pacat gelar mahazalim, mahafiraun dan berbagai gelaran.

Maka ramailah bertepuk tangan dan menadah tangan kerana majlis pimpinan Pakatan Haram sebulat suara menerima PPBM sebagai ahli komponen baru gabungan mereka. Gua hanya boleh tersenyum melihat kebodohan golongan yang nyata telah dikawal dengan mudah oleh Che Det. Apa kata Che Det bila Kak Wan menyatakan bahawa perjuangan PH adalah perjuangan reformasi yang bermaksud untuk membebas dan mengangkat Nuar sebagai PM jika PH menang PRU14 nanti. Buat nasa sekarang gua belum mendengar apa-apa komen dari Che Det tentang PM untuk Nuar. 
www.bebaskanmalaysia.blogspot.my

Adakah Che Det ingin layan perkara-perkara seperti itu kerana selagi beliau hidup jangan haraplah Nuar akan menjadi PM. Jika boleh beliau ingin Nuar terus mereput di dalam penjara kerana agendanya lebih besar iaitu untuk memastikan Mukhriz sebagai PM. Sekarang pun beliau sudah berjaya menjadi ketua di dalam pakatan pembangkang. Semua mesti dengar cakap beliau sebagai mana arahannya agar satu logo untuk PH dan hanya satu suara sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan PH iaitu hanya suaranya.

Buat sibertrooper dan facebooker semua, usahlah lu all cuba menyembunyikan fakta demi menjaga Pakatan Haram yang sudah mula ada keretakan. Adalah Che Det ingin berada di bawah arahan sesiapa kerana beliaulah yang memberi apa-apa arahan. Kesian dengan puak-puak dalam PH sejak penubuhan PPBM kerana Che Det tidak akan membaruakan dirinya kepada mana-mana pemimpin pembangkang. Jika benar benar ingin berjuang untuk rakyat maka beliau tidak akan mewujudkan PPBM kerana beliau dan pengikutnya boleh memperkuatkan PKR yang lahir dari kandungan yang sama. 

Yang akan menjadi mangsa pertama permainan Che Det, gua cukup pasti adalah PAN yang jenis bukan sahaja menumpang tuah malah tidak memiliki apa-apa. Bergeraknya PAN hanya ihsan dari Dap lahanat kerana mereka tiada apa-apa pun baik jentera parti atau pun dana. Itu pun masih tak sedar diri dengan angkuh akan menawan Kelantan dari PAS. Dengan kemasukan PPBM ke dalam PH, PAN sudah harga buat Che Det yang masih ingin berkuasa walau pun yang seangkatannya sudah lama bersara.

Usahlah barua-barua PH menjadi terlalu bodoh menyangka penampilan semula Che Det dalam arena politik adalah untuk membantu rakyat. Segala perancangan beliau sebelum beliau melepaskan jawatan selepas 22 tahun menjadi rejim, Pok Jib sebagai pengganti beliau tetapi kerana Pak lah paling senior maka satu perjanjian di lakarkan oleh Che Det. Pak Lah hanya menjadi PM sepenggal dua sahaja sebelum diserahkan kepada Pok Jib sebagai PM ke 6. 

Tetapi kerana banyak projek-projek masa depan beliau tidak disambung oleh Pak Lah membuatkan beliau melenting sehingga beliau menyerang Pak Lah dan keluar dari Umno baru yang beliau sendiri tubuhkan. Beliau telah mempengaruhi ahli Umno agar menjatuhkan Pak Lah dengan Tok Jib sebagai pengantinya. Adakah beliau sajer-sajer menyokong Tok Jib sebagai PM tanpa ada apa-apa terma walau pun beliau tahu bagaimana sikap boros Big Mama dan suka membeli belah. Beliau sanggup menutup mata demi perniagaan anak-anaknya terjamin.

www.bebaskanmalaysia.blogspot.my
Apabila beliau melihat kedudukan perniagaan anak-anak semakin tergugat setelah Pok Jib semakin berkuasa dan perniagaan anak-anaknya tergugat yang membuatkan beliau makin naik angin. Jangan harap ler bro jika lu all kata perjuangan Che Det untuk rakyat maka lu boleh sembang sesama lu. Lihatlah bagaimana pembangkang (PH) siang malam menyerang pembangkang (PAS) yang membuatkan kerja-kerja Umno semakin mudah. Buat rakyat Malaysia agar jangan terpedaya dengan permainan politik dari puak-puak ini kerana politik mereka hanya untuk anak-anak dan kroni-kroninya. 

Gua cukup sokong dengan penolakan bersama PPBM yang belum apa-apa sudah memberi kata dua kepada PAS agar bersama dengan mereka atau PAS terpaksa berjuang secara sendirian. Siapa beliau untuk mengugut PAS untuk bersama dengan PPBM sedangkan PAS sudah 60 tahun menjadi pembangkang di mana menentang beliau selama 22 tahun ketika beliau menjadi rejim. Gua juga setuju agar PAS batalkan Tahalluf Siyasi dengan PKR kerana banyak tindakan-tindakan parti yang tidak sedar diri itu sudah banyak kali menikam PAS dari belakang. Nanti ada ler barua-barua bertenggek di laman ini dengan berbagai soalan celaka. /GANR

2 orang berkata:

Anonymous said...

Barua ketua penyamun duit rakyat terbesar di dunia. 90juta..90juta..90juta

Takbur!

Lone ranger pomen said...

Sedapnya org mengaku perjuangan islam tuduh org islam lain baruah. Alhamdulillah, tu jamin tiket sebelah syurga tu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.