Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERLU BERTEGAS ATAU BERPECAH

Terserah Pas tentukan hala tuju kerjasama politik
Azmin Ali
Azmin Ali

SHAH ALAM - PKR menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas untuk menentukan hala tuju kerjasama politik PKR-Pas susulan cadangan Pas kawasan agar hubungan itu diputuskan.    

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dari segi PKR, pendirian mereka tidak berubah malah mahu semua parti pembangkang termasuk Pas kekal dengan misi bekerjasama untuk memenangi PRU14.    

"Kita tengok nanti apa yang akan diperkatakan dalam muktamar mereka (Pas).    

"Pendirian PKR tetap sama (kekal berhubungan dengan Pas) dan meneruskan misi satu lawan satu pada PRU-14," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.  

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pas  Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam yang mencadangkan Pas pusat memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di sini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata PKR tidak pernah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana rakan pembangkang malah pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk terus berbincang dengan Pas mengenainya.    

Semalam Pas kawasan Permatang Pauh dilapor meluluskan usul agar Pas pusat memutuskan hubungan dengan PKR berikutan tindakan parti itu dikatakan bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi.    

Cadangan Yang Dipertua Pas Permatang Pauh Omar Hassan itu berasaskan tindakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara yang banyak menyerang kepimpinan Pas. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Eloklah PA$ berpecah dan terus berkubur. Dah lama sgt memecahbelahkan org melayu serta keharmonian kaum berbilang agama. Perosak Islam yg mulia.

Anonymous said...

Setuju. Elok pas berpecah shj. Pas dah tak ada masa depan. Pas dah rahai

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.