Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PETUALANG HAPUSKAN DULU

RUU 355: Antara pejuang dan petualang
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pas sekali lagi menegaskan cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 adalah sebagai usaha umat Islam untuk mempraktikkan ajaran Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ia menjadi kewajipan kepada umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik untuk memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam sehingga ia dapat dipraktikkan di tanah air kita.

“Ahli parlimen Muslim pula mempunyai tanggungjawab langsung bagi memastikan perintah ALLAH SWT itu dapat dilaksanakan melalui pindaan Akta 355 yang akan dibentang dan dibahaskan di Parlimen kelak.

“Mereka yang insaf dan sedar tanggungjawabnya sebagai Muslim pula diberi mandat sebagai penggubal dasar maka mereka mesti berjuang dengan pelbagai keupayaan yang dimiliki untuk mencari 1001 jalan bagi melepasi segala halangan, kekangan dan cabaran yang dihadapkan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mereka yang mengaku Muslim tetapi mencipta 1001 alasan untuk menyulitkan usaha perlaksanaan syariat Islam ini, malah merancang secara halus untuk menggagalkannya adalah sang petualang.

“Lebih malang, petualang ini merelakan diri untuk bersekongkol dengan musuh Islam dan suka menjadi ‘terompah kayu’ kepada golongan anti Islam untuk merencana pelbagai alasan dan hujah bagi menolak serta menggagalkan usaha mengangkat dan menobatkan syariat Islam dalam sistem perundangan negara.

“Kata nista, cercaan dan penghinaan kepada mereka yang berusaha dan berjuang untuk menegakkan Syariat Islam adalah suatu sunnah.

“Tiada apa yang perlu diresahkan oleh para pejuangnya. Hanya bersabar, berusaha dan bertawakkal kepada ALLAH SWT,” ujarnya.

Jelasnya, petualang ini dilihat tidak sedap duduk selagi tidak berjaya menggagalkan perlaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355.

“Raut wajah mereka jelas kelihatan gusar dan gelisah. Mereka kalut mencipta pelbagai tohmahan.
“Mereka berlumba-lumba untuk menonjol diri dalam memberi alasan kenapa perlaksanaan syariat Islam melalui pindaan Akta 355 ini wajar ditolak, supaya mereka mendapat tempat di mata golongan anti Islam,” katanya.

Beliau menambah, dengan menolak pindaan ini, pihak tersebut turut berharap akan dapat tiga atau empat kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya kelak.

“Ada sebahagiannya tak sabar-sabar mempamerkan wajah gembira apabila terdapat satu dua perkara yang menjadi hujah untuk mereka ketengahkan kepada khalayak supaya usaha melaksanakan syariat Islam dengan meminda Akta 355 ini gagal.

“Mereka mahu dan suka jadi petualang. Bagi sang pejuang, oleh kerana usaha untuk meminda Akta 355 ini adalah untuk melaksanakan Syariat ALLAH SWT.

“Biar 1001 satu halangan dihadapkan kepada mereka, mereka tenang melangkah, berserah kepada ALLAH SWT,” katanya.

Sebelum ini, Akta 355 yang dibuat dalam Parlimen pada tahun 1965 dengan hukuman serendah enam bulan penjara dan RM1000 denda bagi kesalahan yang disenaraikan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Sejak pindaan 1984, hukumannya statik pada tiga tahun penjara, RM5000 denda dan enam kali sebatan.

Cadangan terbaharu adalah seperti memuktamadkan 100 kali (sebatan syariah) bagi kesalahan zina, 80 kali bagi kesalahan qazaf (tuduhan zina tanpa saksi).

Sementara 40 kali bagi kesalahan minum arak sebagaimana sabit di dalam hadis Nabi SAW.

Sementara jumlah hukuman RM100,000 denda dan 30 tahun penjara seperti yang dicadangkan dalam usul pindaan adalah jenis hukuman takzir yang terbuka kepada perbahasan bagi menentukan jumlah yang akan disepakati.

16 orang berkata:

Anonymous said...

PAS..Petualang.Ajaran.Syaitan

PAS kalah, Islam tetap menang.

Anonymous said...

Akta 355 salah satu cabang undang2 sekular bkn hukum Allah. Cukup2lah menipu, menyesatkan akidah walaun2 biol..wahai lebai german payperview.

Anonymous said...

30 tahun dan RM100K tu ada dalam kitab agama pas ke? Apa dalil angka 30 dan 100 tu? Bukankah yg lebih afdal ialah angka 35 dan 112?

Anonymous said...

Cantik peribahasa ni mamat ni bagi.

Saya bg contoh buat ayat.
Parti lebai ni dah jadi petualang rakyat dan terompah kayu penyamun.

Anonymous said...

Pandai betul encik velfire ni guna sentimen ugama dan kaum untuk raih hati pengundi. Hebat la.

Anonymous said...

Hahaha
Bila BN tolak bentang ruu hadi dgn alasan consensus, siap puji lagi tu. Besok time undi, BN guna alasan consensus, puji jugak la. Hadoiii...terompah kayu betul la lobai2 unta nii

Anonymous said...

Alhamdulillah.
Syukran.
Takbirrrr 3X


Teknik kita memang betul2 menjadi kali ini. Sejak ruu tg kita panas membara, rakyat negeri kita sudah melupakan isu besar yg kita buat dulu. InsyaAllah kalu teknik ini kita teruskan hingga pru14, rakyat negeri kita akan lupa kecacatan kita dan terus mengundi kita. Mintak semua lebih aktif memanaskan ruu tg kita ni supaya kita tak miss bayar ansuran kereta kita.

Dari kajian saya, rakyat negeri kita sudah lupa 100% tentang isu kebuh raya, saman yg kita tipu nak buat, saman yg kita kena, hutan bogel, kezaliman kpd org asli, hudud di negeri kita yg belun kita kuatkuasakan, air sungai teh tarik, member kita cilok lombong mangan dan balak, projek durian kunyit kita dalam hutan, duit cikgu agama, kereta2 mewah kita, ptojek sekongkol kita, gst, 1mdb, kenaikan kos hidup, bah kuning, mangsa banjir tiada rumah dll. Alhamdulillah mereka sudah lupa. Ini amat baik untuk kita. Tapi jgn berhenti di sini sahaja. Teruskan hingga pru 14 akan datang.

Syukran teknik kita berjaya.
Alhandulillah. Halalan toyyiban. Wal harammu wal halalku.
Aminnn.
Tskbiiiir 3X

Anonymous said...

sejak pkai velfire ckp besaq Mr Terompahwi ni. sama mcm en somi audi, Mr porche, Mr range rover.... x dok berlagak dgn duit gaji dari rakyat la.... Ruu.. Ruu.. Ruuu... bt x betul.. pastu pinda.pastu tangguh..pastu ponteng... rakyat keboloq&susah ade hg peduli.... lepas ni tunggu velfire tu la yg nk fire hg kt akhirat...

Anonymous said...

Saya ahli pas kawasan bukit payong.
Saya ada cadangan kpd pemimpin kita.
Saya cadangkan RUU 355 persendirian ini dibentang dan diluluskan untuk dijadikan perlembagaan dalam parti Pas. Saya juga mencadangkan supaya pelaksanaan hukum hudud dimasukkan dalam perlembagaan parti kita supaya ruu 355 dan hudud ini dapat dikuat kuasakan kepada semua ahli parti Pas. Ini selari dengan ajaran islam. Jika orang lain tidak ikut, kita tidak perlu paksa sebab mereka jahil murakab. Bila parti kita sudah melaksanakan hudud dan ruu 355 kepada ahli parti kita, maka tugas kita di dunia sudah selesai. Syurgalah tempat kita.

Saya harap para kepimpinan parti dapat meneliti cadangan ini.

Terima kasih.
Hj Dolah.

Anonymous said...

Cdngn yg baik.
Sokong 100%

Anonymous said...

Setuju. Berjaya atau gagal itu hal lain. Yg ptg kita berusaha utk laksanakan kpd ahli kita dulu.

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Lebih afdhal terus buat hudud dan implimenkan utk walaun2 biol dan lebai2 jual agama PAS dulu. Masukkan rang undang2 hudud dlm perlembagaan parti PAS masa muktamar nnt. Akta 355 undang2 sekular bkn hukum Allah.

Ada tak walaun PAS yg tak sokong?

Lone ranger pomen said...

Saya pas klang cadangkan yg Pomen hensem.

Lone ranger pomen said...

Kami pas KL sokong cadangan 1.11. ( Abaikan nama). Pomen klang memang calon terbaik utk ahli pas terhensem. Hj simen.

Unknown said...

oakley sunglasses
coach factory online
coach factory outlet
nfl jerseys
new balance sneakers
beats by dr dre
air max uk
nike huarache
fred perry polo shirts
nike air max
20174.15wengdongdong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.