Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA SEBAB PAS BERUNDING DENGAN PARTI-PARTI DALAM PAKATAN HARAPAN

Muhyiddin akui berlaku pertindihan kerusi
Muhyiddin Yassin 
 
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan semasa sidang media di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
 
PETALING JAYA - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat beberapa pertindihan kerusi yang berlaku dalam gabungan bersama Pakatan Harapan.

Menurutnya, terdapat beberapa kerusi negeri dan Parlimen yang ingin ditandingi Bersatu turut dituntut oleh parti lain dalam gabungan tersebut.

“Kami sudah pun memaklumkan kepada Pakatan Harapan mengenai kerusi Dun dan Parlimen yang ingin ditandingi pada PRU akan datang.

“Kami juga ada berunding, antara lain, mengenai agihan kerusi di mesyuarat Pakatan Harapan yang diadakan di Parlimen kelmarin,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Justeru katanya, Bersatu komited menyelesaikan pertindihan kerusi dengan parti lain dalam Pakatan Harapan bagi menarik sokongan pengundi Melayu dan Bumiputera.

“Matlamat kami elak pertandingan pelbagai penjuru. Kita perlu bertolak ansur.

“Mana-mana pihak yang boleh menang, perlu diberikan peluang untuk bertanding. Ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa teknikal Pakatan Harapan,” katanya tanpa menamakan kerusi yang dimahukan.

Ujar beliau lagi, Bersatu menghormati keputusan Pakatan Harapan mengenai agihan kerusi.

Sementara itu mengulas mengenai rundingan bersama Pas, Muhyiddin berkata, Bersatu menangguhkan rundingan sehingga selesai muktamar parti Islam itu bulan ini.

1 orang berkata:

Unknown said...

udah udah le mahyudin...... lupekan aje parti ajaran syiah tu..... fokus kepada pru14.. kuat semangat.. #lawantetaplawan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.