Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TIADA PATAH SEMANGAT TAPI AHLI PAS MEMANG DAH PATAH SEMANGAT


RUU355 BUKAN CERITA BARU, IA CERITA LAMA
POKOKNYA BERAPA LMA LAGI IA AKAN DILAYAN ?
MASALAH AGAMA ADALAH  MASALAH
PENGANUTNYA, TAPI MENGAPA ORANG KAFIR
PERLU MASUK CAMUR ?
ORANG KAFIR MAHU CARI PASAL ?

ATAU

ORANG ISLAM SUDAH TAKU DENGAN ORANG KAFIR ?
SEHINGGA MEREKA SUDAH TERPAKSA AKUR
DAN TUNDUK KEHENDAK MEREKA ?

YAN DIAMANAHKAN MENJAGA AGAMA ISLAM
BELUM KITA DENGAR SUARA MEREKA

KITA TIDAK TAHU MEREKA SUKA ATAU TIDAK DENGAN PENINGKATAN MARUAH 
RANG
UNDANG-UNDANG ISLAM DI MARTABATKAN 
ATAU MEREKA MENGANGGAP ISLAM MEMANG TIDAK LAGI SESUAI DIANUTI ?
ATAU

MEMANG MEREKA NAK JADIKAN ISLAM SUPAYA MENJADI PUSAKA LAPOK?

-Pak Karamu-
RUU355: Tiada istilah patah semangat buat Pas
Idris Ahmad
Idris Ahmad
SHAH ALAM - Pas tidak  rugi sekiranya kerajaan tidak membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen.

Ini kerana menurut Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, RUU 355 adalah agenda Islam dan bukannya isu politik semata-mata.

"Ada yang tuduh Pas dipermaikan oleh Umno. Kepada Pas, tidak ada perkara yang rugi. Siapa bawa pun tidak mengapa, asalkan agenda Islam dapat dilaksanakan. Hatta jika DAP hendak bawa pun Pas akan sokong.

"Ini bukan isu yang hendak dipolitikkan. Kalau fikir keuntungan politik daripada awal, Pas tidak akan memperjuangkan perkara ini. Ahli Pas diajar berpolitik untuk bekalan akhirat, bukan sahaja di dunia. Inilah motivasi kami," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tidak patah semangat, katanya lagi, pihaknya akan kekal memperjuangkan RUU355 dan syariat Islam hingga kiamat.

"Jangan haraplah Pas hendak berundur daripada memperkatakan mengenai Islam. Rakyat boleh menilai sikap Pas tidak pernah berubah sejak daripada dulu. Bukan perkara baru berbagai pihak meminta Pas buang sahaja agenda Islam jika mahu maju dalam politik. 

"Perjuangan Pas tidak relevan di dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia. Pas menjawab dengan amalan dan terus istiqamah dengan agenda Islam," katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.

Katanya ini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN)  yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.


"Rakyat boleh menilai itulah kualiti pemimpin Umno mengenai perjuangan mereka untuk memartabatkan Islam di negara ini.

"Hampir 60 tahun merdeka mereka gagal mendidik rakan-rakan mereka untuk memahami Islam dan menghormati hak orang Islam. Rakyat juga boleh menilai inilah Pas, bukan ia hirau apa yang manusia hendak kata," ujar Idris lagi.
 

15 orang berkata:

Anonymous said...

Dorang patah semangat pasal letih nak jilat kahak2 dorang kat umno..dorang terpaksa terima umno dalam pura2 sedang mereka nak umno jahanam..dorang benci umno hingga ke tulang tiba2 nak kena kawan,mana x patah semangat
Hahahaha

Anonymous said...

Dorang sangat berharap abg lim tendang pan dan pujuk pas balik hahaha

Anonymous said...

Pas hidup meroyan tanpa cinta abg lim hehehe

Anonymous said...

Amno lebih ptgkan sokongan kuasa berbanding ugama

Anonymous said...

Diharap TGHH sihat dan sudah bersedia untuk membentangkan Ruu 355 beliau ini. Kipidap dong gibap. Jgn ponteng naaa

Anonymous said...

TGHH kena byk ambik multi vitamins untuk kekal cergas. Maklumlah usia dah lanjut. Jangan tangguh lagi tau

Anonymous said...

Pedulikan sahaja mereka, TGHH. Tn hj teruskan shj usaha tn hj tu. Kami ahli pas sentiasa sokong. K
Masa bentang nanti kalau pening boleh telan panadol dua biji.

Anonymous said...

Kami ahli pas tidak akan patah semangat. Tapi kami semakin bingung dengan permainan ahli politik yang mempermainkan agama.

Anonymous said...

Umno pas pkr dap mic mca dan lain2 semua sama barua
Hehehe

Anonymous said...

Tak best la klu Pak karamu patah semangat.

Anonymous said...

Mintak tn hj jangan gelojoh sangat. Kalau rasa tak mampu tu, mintaklah tangguh lagi kat tn speaker

Anonymous said...

Relak la. Jgn patah semangat. Bawak2 la melancong ke jepun ker, gi candat sotong ker, gi jala ikang belukang ker....Jgn tension yer tn hj

Anonymous said...

Alaaa...Baru umno pulang balik ruu hadi tu pun dah patah hati. Pondan betol la

Anonymous said...

lepas ni ding ayang nk keje pe???

Lan said...

Ahli PAS patah semangat le . Depa x dapat dedak ...yg dapat pemimpim . Ahli MSU lagi . Selagi x abis semangat le

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.