Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM TIDAK BERKELAYAKAN MEMBUAT CADANGAN TERHADAP PAS, DIA ORANG TEPI JALAN

APA YANG PENTING SEKARANG IALAH BAGAIMANA
PAS DAN AHLINYA BOLEH DITIPU OLEH KERAJAAN
BN/UMNO DALAM PERKARA RUU355 ?

ADA YANG BERPANDANGAN BAHAWA PAS DAN 
AHLI JAWATANKUASANYA SENANG-SENANG
DITIPU OLEH ORANG SEKULAR ?

TIDAK MUNGKIN JIKA UMNO/BN YANG MEMERINTAH
ADA DIANTARA MENTERINYA BOLEH MENEMPELAK
PAS DAN RUU355 NYA SECARA TERBUKA ?

ATAS TINJAUAN KITA ADA JUGA DIANTARA AHLI
PAS YANG MASIH PERCAYA BAHAWA RUU355
MASIH ADA RUANG UNTUK DIBENTANGKAN 
DI PARLIMEN, NAMUN TERNYATA 
PANDANGAN TERSEBUT SUKAR
UNTUK DIPERCAYAI KERANA
MEREKA PERCAYA BAHAWA
UMNO/BN TIDAK AKAN MENYOKONGNYA, KERANA
MCA&GERAKAN SERTA RAKAN BN DI SABAH DAN SARAWAK TIDAK AKAN BERSETUJU
KERANA ISLAM YANG ASING BAGI MEREKA


-Pak Karamu-



Abdul Hadi perlu letak jawatan
Husam
Husam

KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti meletakkan segera jawatan mereka.

Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan Pas untuk membentangkan RUU 355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.

Husam berkata, kejutan buat Pas itu sudah dijangka berlaku biarpun BN memberi keyakinan kepada rakyat RUU 355 boleh dibentangkan di Parlimen.


“Secara ringkasnya, saya minta Presiden Pas dan jawatankuasa Pas meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama Pas.

“Dia telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan Pas dan meletakkan Pas sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata,” katanya kepada media semalam.

Mengulas lanjut, Husam memberitahu, semasa beliau masih berada di dalam Pas lagi perkara sebegini telah dibincangkan namun tidak diendahkan.

“Tetapi tiba-tiba RUU 355 dibawa secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tanpa persetujuan jawatankuasa Pas Pusat pada waktu itu,” katanya.

Husam berkata, Abdul Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan kredibiliti Pas.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Org luar yg sibuk hal pas....lawak tu

Anonymous said...

Mahfuz kata pas gelojoh

Anonymous said...

Sorg pj pas kata umno flip flop.
Tg nik abduh kata najib x tipoo.

Anonymous said...

mahfuz pas pe...
biar pi la ape dia nk ckp pun kt hadi awg... dia ahli pas.. hadi awang bukan maksum pun sampai x boleh kata apa pun.. ahli p@$ x jadi wala'unta sgt....

Anonymous said...

Orang luar menyibuk pasal PAS kenapa.

Anonymous said...

Sbb mahfuz kata pas gelojoh sgt

Anonymous said...

Anon 9.06..jgn lah bengap sangat. Ini bukan pasal menyebuk kat pas. Ini pasal ruu355.

Oleh sbb ruu355 tu melibatkan semua org islam di msia, jadi semua org islam berhak bagi pandangan, nasihat dan teguran supaya hasilnya lebih baik.

Kalu ruu355 tu utk keluarga hadi atau keluarga ahli pas sahaja, sikit pun kita tak nak ambik pot.

Kalau tak nak orang lain menyebuk, suruh tgha buat ruu pas je. Masukkan ruu pas tu dlm perlembagaan pas.

Anonymous said...

Layakkah ruu yg cacamerba dan tidak dimaklumkan kpd rakyat menjadi undang2 kpd lebih 16 juta penduduk islam di malaysia?


Masa buat GST dulu pun Najib dan menteri buat roadshow seluruh negara utk memahamkan rakyat. Booklet pun dikeluarkan. Tapi ruu355 ni ada ker buat mcm tu? Aku ahli pas dah berpuluh tahun pun masih tak jelas butiran ruu355 tu.

Tegur tak boleh, nasihat tak boleh, tanya tak boleh. Apa yg boleh?

Anonymous said...

Bila kita tanya maklumat lengkap pasal ruu 355 kpd pemimpin, ini jawapan mereka:

*nak martabat mkmh syariah. Hukuman naik. (Setakat itu sajalah)


*sekebihnya, pung pang pung pang kutuk dap, pan, tun, kafir..... berjela2 panjang utk bhgn ni.

So? Nak faham mcm mna?
Kita ingatkan kat padang merbuk boleh dpt maklumat kengkap tapi cerita yg sama diulang.

Anonymous said...

Hadi tak nak letak jawatan pun tak apa. Nak pegang sampai mati pun tak apa.

Tapi....
Tolonglah keluar dari selangor!!!!

Lan said...

Hal Ruu355 bagaimana PAS & ahlinya boleh di tipu BN ? Jawapannya mudah . Baik pemimpin @ahli nya BENGAP . Orang dah pesan jangan percaya kat BN . Mudah . Tapi p percaya jugak2 . Pokok nya Ruu355 di gunakan UMNO/BN utk pecah belahkan pembangkang supaya mereka terus berkuasa . Tu pun x faham lagi . X ingat ke pesan Ust Fadhil dulu . Kalau musuh baik dengan kita mesti ada yg x kena . Tu pun x faham2 lagi .

Anonymous said...

Bagi lebai2 PA$ kuasa dedak 90juta lebih hebat dari kuasa Al Quran dan sunnah.

Cash is king ajaran ketua penyamun duit rakyat. Simple..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.