Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU NAKKAN PAS IKUTLAH SYARAT ATAU JANGAN CAKAP APA-APA LAGI. FULL STOP.

Tak ada ruang bagi pihak menentang Pas
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
 
SHAH ALAM – Tidak ada ruang untuk kerjasama dengan sesiapa yang bersama dengan pihak yang menentang agenda perjuangan Pas.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Pas tidak mahu merangka kerjasama atas dasar dosa dan kezaliman yang diharamkan oleh Islam."Pas sebagai parti politik Islam mempunyai kayu ukur dan neraca tersendiri dalam menentu dan menilai matlamat dan hala tuju perjuangan.


"Kayu ukurnya adalah Islam yang rujukannya adalah al-Quran dan Sunnah. Justeru, tentulah ia berbeza daripada kayu ukur dan neraca parti politik lain. Dan silap jika ada ahli Pas yang mahu kami mengikut cara fikir, matlamat, hala tuju serta strategi parti seperti DAP, PKR, Amanah, Bersatu sementelah lagi Umno," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, sebarang kerjasama politik untuk berkuasa dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan hendaklah dengan tujuan mencapai matlamat tersebut.

”Maka sesiapa yang menentang matlamat perjuangan ini maka dia berpotensi menjadi musuh walaupun dalam masa yang sama dia juga adalah sasaran dakwah Pas.

”Sebagai parti politik, Pas menyertai pilihan raya tanpa jemu sama ada menang atau kalah sejak 1955 sebelum merdeka sehingga PRU13 selepas merdeka pada 2013.

"Sekiranya kemenangan berpilihan raya belum diperolehi maka kerja dakwah dan nasihat kepada pemerintah dan rakyat berkonsepkan Amar Makruf Nahi Mungkar diteruskan sehingga menanti PRU seterusnya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terkini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan kerjasama parti itu dengan Bersatu berakhir selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan parti itu dalam Pakatan Harapan.

5 orang berkata:

Anonymous said...

hamPASampah.Full stop.

Anonymous said...

Bjuang sendiri lg baik...tbaik pas...

Anonymous said...

wah...sombongnya! sepatutnya org islam kena tunjukkan sikap yg mulia, barulah org bukan islam respek. secara tak langsung blh berdakwah.

Anonymous said...

Apa syarat syaratnya pak karam? Kena beli vellfire ke? Atau audi q7? Nak beli mini cooper, range rover, porsche semua2 tu mmg tak mampu laa. Tapi kalau lobai hadi boleh derma sikit dari rm90juta tu ok jer, saya sanggup jadi ahli pas seumur hidup. Saya pun cinta dunia jugak mcm lebai2 pas.

Anonymous said...

Parti PA$ berketuakan lebai pondan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.