Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERUANG BETUL LAA !

Pemimpin Umno didakwa kes dadah
Pemimpin Umno didakwa kes dadah
Datuk M mengelak wajahnya dirakam media selepas keluar dari Mahkamah Majistret ketika dibawa anggota polis, semalam.

MELAKA TENGAH - Naib Ketua Umno Bahagian Bakri, Johor, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menggunakan dadah jenis methampetamine di Bukit Beruang, tahun lalu.

Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk M didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang kira-kira 6 petang pada 1 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) yang boleh dihukum penjara maksima dua tahun,  didenda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali serta perintah pengawasan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban meminta mahkamah memberikan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun peguam Salmi Hamdan Sabran merayu supaya jumlah jaminan itu dikurangkan berikutan anak guamnya sudah memberikan kerjasama sepenuhnya semasa siasatan dijalankan sebelum ini.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan mengekalkan jumlah diminta Shazreen Nadia selain menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 27 April ini untuk laporan kimia dan serahan dokumen.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.