Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK CUKUP GAJI ?

Sarjan wanita didakwa rasuah
Sarjan wanita didakwa rasuah
Sarjan polis wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
 
MELAKA TENGAH - Seorang sarjan polis wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan berniat, bersetuju dan menerima rasuah berjumlah RM18,5000 di Alor Gajah, dua minggu lalu.

Tertuduh, Rasyidah Onn, 27, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketiga-tiga pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas ia dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua Rasyidah didakwa cuba menerima suapan RM6,500 dan bersetuju menerima suapan RM6,000  daripada Ahmad Firdaose Ramlan, 31, sebagai dorongan tidak menuduhnya adiknya, bersama tiga rakan yang lain kerana memiliki air ketum.

Kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan melalui panggilan telefon di Pejabat Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada jam 11.13 pagi dan 2.27 petang, 16 Mac 2017.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima wang suapan sebanyak RM6,000 daripada individu sama bagi tujuan sama di Pizza Hut Delivery (PHD) di Pusat Perniagaan Jelatang, Alor Gajah, jam 4.35 petang pada hari sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Rasyidah didakwa mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana jumlah lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM negeri, Ong Cheng Hian sementara tertuduh diwakili  peguam James Thanjong Tuan.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Sape yg dapat 90juta hasil rompakan duit rakyat bolehlah bantu org2 yg tak cukup gaji.

Anonymous said...

Iyo la...iman tak dapek nak dijual boli.
nik aziz pun tak pornah ajor anak dio bobaik dongan umno.
nik abdoh tak ikut bapak dio ajor.

Anonymous said...

Ada kawan aku kerja cikgu agama cakap. Dah la gaji Kecik, duit potongan gaji pun kena kebas pihak tak bertanggungjawab. Kesian kawan aku turr

Unknown said...

coach factory outlet
mont blanc pens
toms shoes
polo ralph lauren
adidas yeezy boost 350 v2
converse shoes
nike cortez
fitflops
kobe bryant shoes
toms outlet
20174.15wengdongdong

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.