Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU355 MENJADI PANAS MEMBARA

 TERNYATA ORANG KAFIR MENENTANG RUU355.
SEKALIPUN IA TIADA KAITAN DENGAN 
MEREKA.
 
FULL STOP !

JIKA RUU355 DIKAITKAN DENGAN ISLAM,
TERNYATA ORANG KAFIR MEMANG ANTI ISLAM.
 
FULL STOP !

JIKA DEMIKIAN TAFSIRKAN SAHAJA DASAR
PERLEMBAGAAN
AGAMA ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN
HABIS LA CERITA !
 
FULL STOP !

JIKA ADA JUGA TIDAK MAHU TERIMA MAKA
TERLUCUTLAH KERAKYATANNYA !

FULL STOP !

-Pak Karamu-
 
 
 
Keputusan Najib tepat, kata parti komponen
Cina belum tentu sokong BN
 
TIGA parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan malam kelmarin, berlangsung dalam suasana baik dan hasilnya, perdana menteri telah membuat keputusan tepat bersesuaian amalan semangat BN yang dipegang selama ini.

Katanya, kerajaan tidak bercadang membentangkan RUU 355, selaras dengan dasar bahawa BN membuat keputusan berpegang kepada konsensus.

"Ini adalah keputusan yang baik. MCA menyambut baik keputusan yang dibuat perdana menteri," katanya kepada Sin Chew Daily.

Menurut Tiong Lai, sememangnya itulah pendirian MCA selama ini iaitu tetap membantah RUU 355 untuk dibentangkan di Parlimen.

Manakala Presiden MIC, Datuk Seri S Subramanian berkata, dalam mesyuarat berkenaan, semua parti komponen telah mengemukakan pandangan masing-masing termasuk kesan dan akibat sekiranya RUU 355 diluluskan di Parlimen.

"Dari mula lagi, RUU 355 yang bakal dibawa oleh kerajaan hanyalah sekadar cadangan. Akhirnya, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan pembentangan di Parlimen," kata Subramanian.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong pula rasa lega dengan keputusan yang diumumkan Najib kerana ia bersesuaian dengan pendirian partinya selama ini.

"Sejak beberapa minggu lalu, saya rasa bimbang kerana sekiranya usul ini dibentangkan, ia pasti akan menjejaskan perpaduan dalam kalangan parti komponen BN.

"Bagi saya, inilah keputusan yang tepat. Saya rasa gembira kerana krisis ini akhirnya dapat diselesaikan," katanya.

Harga telur ayam semakin murah

Telur ayam yang dijual di sekitar Lembah Klang sejak beberapa hari lalu didapati semakin murah sehingga mencatatkan penurunan 90 sen untuk 10 biji.

Tinjauan yang dilakukan Oriental Daily mendapati, harga telur di sekitar Lembah Klang telah menurun selama tiga minggu berturut-turut. Dijangkakan, harganya hanya kembali stabil dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Bagi telur ayam gred A3, harganya telah menurun daripada RM3.90 (10 biji) kepada RM3; gred B pula menurun daripada RM3.80 kepada RM2.90; gred C menurun daripada RM3.70 kepada RM2.80 dan gred D menurun daripada RM3.60 kepada RM2.70.

Menurut akhbar ini, sejak pertengahan bulan lalu, penjualan telur ayam dalam pasaran  didapati berkurangan dan keadaan diburukkan lagi apabila berlakunya kes jangkitan virus Highly Pathogenic Avian Influenza (H5N1) di Kelantan, yang sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan pengguna di beberapa negeri lain seperti di Johor, Melaka dan Perak.

Beberapa peniaga telur ayam memberitahu, ketika ini telur ayam bagi semua gred adalah kurang daripada 30 sen sebiji dan sekiranya harga itu tidak kembali naik seperti sediakala, sudah tentu akan menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Tidak akan laksanakan sistem sekolah satu aliran

Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan sistem sekolah satu aliran, sebaliknya akan terus memastikan semua aliran di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil beroperasi di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pengekalan menggunakan bahasa ibunda masing-masing di sekolah rendah adalah berdasarkan program sekolah jenis kebangsaan yang telah diwujudkan sejak merdeka lagi.

Katanya, ada sesetengah ahli politik kerap menggunakan isu pendidikan sebagai modal politik mereka, malah menuduh kerajaan mempunyai rancangan untuk menutup sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

"Kenyataan yang dibuat oleh ahli-ahli politik ini tidak bertanggungjawab. Sekiranya kerajaan mahu tutup, kenapa pada hari ini masih terdapat begitu banyak sekolah Cina dan Tamil," katanya seperti dilaporkan dalam China Press.

29 orang berkata:

Anonymous said...

Kerana politik, ugama tolak tepi. Entahlah

Anonymous said...

Susah kalo doktor vaterina mengetuai parti. Suma dia nak cucuk hidung dan ikat dgn tali

Anonymous said...

Jika masih ada orang Islam yang mengundi mereka ini pada pru14 nanti.
Tak tahulah nak kata apa..pilih lah product muslim...

Anonymous said...

Bela lembu adalah perniagaan.

Konsep penternakan lembu dedak:

Ada satu kandang besar. Semua lembu mesti letak dlm kandang dan diberi dedak utk pastikan ia jinak. Hidung lembu dicucuk dan diikat dgn tali walataik supaya tidak boleh lepas keluar.

Lembu yg melawan mesti dikeluarkan kerana boleh membahayakan nyawa si pengembalanya. Lembu yg tak mahu makan dedak akan dimaki supaya melompat keluar dari kandang dengan suka rela. Jadi yg tinggal cuma lembu bertali walataik yang jinak.
Pada bila-bila masa lembu itu boleh dieksport untuk menungkatkan pendapatan si pengembala. Tidak hairan jika si pengembala kaya raya kerana ada lembu yang jinak ini.

Pengembala tidak perlu ramai. Memadai jika satu compartment dikawal oleh seorang pengembala. Mereka bertugas bagi memastikan supaya semua lembu sentiasa jinak. Teknik penggunaan dedak campuran dan tali walataik akan digunakan pada setiap masa dengan penekanan jampi mentera 24 jam sehari.

Jika ada ciri-ciri kepala lembu yang cuba mengeluarkan kepala atau berbunyi lebih kuat daripada lembu yang lain, pengembala akan segera mengetuk kepala lembu itu dengan cemeti baiataik ajaib yg dibeli dari semenanjung arab.

Untuk mengetahui lebih lanjut projek penternakan lembu yang menguntungkan ini, sila lawati laman web penternak di http://ternakanlembudedak.ug.com

Anonymous said...

ko nyanyi2 produk muslim skrg pasal abglim dah tinggal ko..masa ko becinta ngan abglim produk abg lim arak2 kat selangor yg ko pilih hasan ali ko tendang hahahaha..ruu kedah ko tolak..produk kafir ke ruu tu?hehe
ko nak tipu sape aku x tau dgn nyanyi2 produk muslim skrg ni hihi..malu la sikit

Anonymous said...

Kalau susah sangat nak luluskan pru355 ni kat parlimen, mintak hj hadi bentang kat muktamar pas je. Lepas tu undi dan luluskan. Lepas tu jadikan perlembagaan parti pas dan semua ahli pas wajib ikut. Kalau tak ikut kafirkan. Kan senang.

Anonymous said...

Tak abis22 lagi modal ug! Buatla fitnah baru sikit...x kreatif langsung...patutla melayu xnak join pan kuasa 30

Anonymous said...

Mula2 pasma...gagal..sebelum tu melati...dah gagal
Pastu buat plak pan...bak kata tghh....biawak
Now projek bunga raya...bmf dah x amik kira..pastu madey nk take over...dah pening kepala...duit dah abis beratus juta

Anonymous said...

Maksud kau takyahla muliakan islam la...biarla.di takuk lama gitu...bila dap kata org islam harus dibenarkan murtad...kiokkkk kepala...chaittt...bila dap support.g25...lidah mcm kelu....bila dap kawal fatwa...kepala dalam pasir...apa daaa

Anonymous said...

Tanya la hasan ali cakap pe dlu pasal pe pas tendang dia haha..pasal pas backup arak abg lim la..lg ko nak nyanyi pasal abg lim..pas pecinta abg lim la..

Anonymous said...

"Buat apa tu tok lebai?"
"Ni ha. Jemur serban"
"Kenapa jemur?"
"Huh! Lenjun kena kencing"
"Ooo"

Anonymous said...

Nak tanya.

Pas tu agama ke?

Kenapa kalau kita kritik pas, penyokong dia selalu kata kita sesat, munafikun, kafir?

Kita bagi contoh la.
Bila kita kata pas dah kena kencing, penyokong pas marah dan jawab kita ni munafikun. Pas ni agama ke?

Anonymous said...

Setuju.
Nak kaya raya, bela lembu dedak dalam kandang. Boleh beli kereta besar

Anonymous said...

Suruh tgha bentang dulu dlm mukhtamar pas di kedah supaya ruu355 dimasukkan dlm perlembagaan parti politik duniawi pas. Kalau ada yg bangkang, kafirkan je

Anonymous said...

Anon 10.02

Cadangan utk jadikan ruu355 tu sbg salah satu perlembagaan pas adalah baik. Tujuannya utk memartabatkan syariah dlm parti pas. Kenapa nak marah2 pulak? Tak sokong memartabatkan hukum syariah dlm parti pas ni, ko nak jadi apa? Ko nak jadi barua ker? Nak tanam kat jirat cina? Ko ni barua dapigs dlm pas ke?

Anonymous said...

Saya rasa elok tghh bentang ruu355 persendirian hadi dlm muktamar tahunan pas di kedah pd tahun ini supaya ruu ini dapat dijadikan salah satu perlembagaan pas. Tujuannya untuk memartabatkan lagi dasar syariat dalam parti pas. Siapa yg tidak sokong sila masuk Pan

Anonymous said...

Cara meningkatkan pasaran kpd orang melayu:

1. Jual produk kismis yg ada tulis "telah dijampi oleh tuan guru".

2. Jual air paip yang ada bertulis "telah dijampi 1000 kali oleh tuan guru".

3. Jual ubat kuat jijubi yang bercop "telah disahkan power oleh tuan guru".

4. Jual sokongan politik yg berbau agama atau bertulis arab

Anonymous said...

Sekarang ada barang baik nak jual. Sekor lembu yg telah diikat hidung dgn tali walataik. Makanan harian dedak gred A. Jinak gred A baiahtaik.

Sila ke fb #lembupondan.ug

Lan said...

RUU 355 bukan hudud full stop . Dalam hudud x ada panjara maksima 30 tahun & denda maksima 100k full stop . BN x nak berpecah sebab RUU 355 tapi PAS x pe full stop . Akhir kata PAS memang kena kencing sampai lencun full stop

Anonymous said...

Lan. Tolong Bagi fakta mana kata dalam hudud tak ada penjara...

Anonymous said...

Musuh2 islam berkokok bila BN tak nak bentang RUU355.

Anonymous said...

Mana Ada 30 tahun.
Rm100k lagi la tak add.

Pandai2 je lebai nak letak nilai 30 tahun ngan rm100k

Anonymous said...

Kesiannya parti pas kelantan. Tak habis2 kena kencing dgn umno. Kenapalah umno buat mcm ni Kat pas kelantan.

Anonymous said...

P nak kencing B. B nak kencing P. P kena kencing. Ahli P kena kencing

Anonymous said...

Kalu dah name dia "akta", is mesti melalui pembacaan Dan pembentangan parti pemerintah. Tak jadi klu persendirian ni.

Tapi tu la.
Terlebih pandai katakan.
Akhirnya meroyan2.

Anonymous said...

"oooii lobai!"
"Yup"
"Wat pe turr?"
"Jemo serban"
"Nape?"
"Lenjun kene kencing"
"Euihhhh..Patut hancin"
"Yupp"
"Byk Kali kene ke?"
"Dua Kali"
"Oooo"

Anonymous said...

Bukankah hari tu TGHH katakan MCA, MIC dan Gerakan lebih baik dari DAP? Kena fahamlah dalam BN parti kafir yang anti Islam lagi berlambak. Dari Sabah pula Ketua Paderi jadi MP BN, dari Sarawak semua MP BN tak dibenarkan sokong RUU355 yang diarahkan oleh KM yang Islam. Lagi mahu percaya pada Najib?

Anonymous said...

dah kena kencing pun ckp byk gi..L€mpang kang baru tahu...
memang tiada k€malu@n la org2 p@$ ni... bila la korang nk sedar org p@$ oooiiiii... otak korang letak kt mane?????

Lan said...

Dalam hudud ada hukum penjara ke ? Bagi pencerahan sket ??? Ayat mana tu ? Zaman Nabi siapa yg kena penjara ??? Penjara mana ?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.