APAPUN PROVOKASI ATAU UGUTAN TELAH BERLAKU KEPADA PKR, SEMENTARA RAKYAT MENILAI HASIL PROVOKASI ATAU UGUT TERSEBUT, RASANYA RAKYAT BOLEH MENILAI SECARA MUDAH POLITIK YANG DIMAINKAN OLEH DAP DI SELANGOR
DITENGAH-TENGAH PARTI MELAYU BERPECAH BELAH RASANYA KENYATAAN DAP INI SEOLAH-OLAH MEREKA MENCARI PASAL ATAU MEMULAKAN PASAL, DAP TIDAK NAMPAK RESIKO DARIPADA KENYATAANNYA ITU SEBAGAI SUATU BOM JANGKA
APAKAH DAP SUDAH MERASA KUAT KERANA DIKATAKAN AMANAH BERADA DIBELAKANG MEREKA ? SUATU MASA TERAWAL DIBELAKANG AMANAH ADA DAP, LA NI DAP DIHADAPAN AMANAH PULA DIBELAKANG, DEMIKIAN PERCATURAN POLITIK YANG MUDAH DIBACA, APA MOTIP DAP BEGITU GARANG SEKARANG ? Pak Karamu
Desakan DAP terhadap Azmin angkuh, keterlaluan
KUALA LUMPUR - Kenyataan perwakilan DAP terhadap Menteri Besar
Selangor, Mohamed Azmin Ali agar wakil rakyat Pas di negeri itu dipecat
adalah satu keangkuhan yang keterlaluan, kata Ketua Penerangan Pas
Pusat, Nasrudin Hassan.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, pihaknya tidak rasa tergugat dengan desakan itu dan bersedia menghadapi semua situasi tersebut.
"Itu satu keangkuhan yang keterlaluan. Saya lihat apa yang cuba dilakukan oleh DAP ini sebagai satu provokasi.
"Juga satu tindakan yang melampau ke atas rakan-rakan komponen mereka sendiri iaitu PKR dalam Pakatan (Harapan) sementelah kepada Pas yang bukan dalam pakatan mereka tak apa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Azmin pecat Pas atau DAP keluar]
Semalam, Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong dilaporkan menggesa agar pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR untuk memecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.
Ketika diminta mengulas soal kewajaran desakan itu, Nasrudin berkata kenyataan tersebut tidak akan berlaku sekiranya perwakilan DAP itu mempunyai kematangan berpolitik.
"Soal kewajaran atau tidak, ini terpulang kepada kematangan berpolitik. Kalau dia matang dan mempunyai kebijaksanaan dalam berpolitik, pastinya perkara ini tidak keluar.
"Tapi oleh kerana lebih kemaruk kuasa ataupun keterlaluan dalam
berpolitik, akhirnya dia akan melepasi batas kematangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, ketika ditemui
Sinar Online mengelak untuk mengulas berkaitan desakan DAP terhadap
Azmin.
Hubungan Pas dan DAP kian panas apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony
Pua menyatakan hasrat parti itu untuk bertanding di lapan kerusi Dun di
Selangor yang kini dipegang oleh wakil rakyat Pas.
Lapan kawasan itu Dun itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Sementara Pas menegaskan akan mempertahankan kerusi di Selangor dalam pilihanraya akan datang.
Lapan kawasan itu Dun itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.
Sementara Pas menegaskan akan mempertahankan kerusi di Selangor dalam pilihanraya akan datang.
0 orang berkata:
Post a Comment