Mungkin ada harum manis di Selangor, tapi mereka terencat dengan kenyataan DAP mahu MB Selangor pecat PAS dari kerajaan Selangor, Niat DAP nak bertanding pada kerusi DUN yang disandang oleh PAS adalah untuk parti itu menambah kerusi mereka yang sedia ada menjadi 23 kerusi, ini membolehkan mereka menawan selangor dengan meletakkan orang melayu bertanding atas tiket DAP dan seterusnya menjadi MB Selangor, kerana itu kita tidak hairan mengapa ada diantara bijak pandai melayu dipancing menyertai parti tersebut
Maka bergegarlah nanti berita tergempar DAP dan AMANAH TAWAN SELANGOR ! - Pak Karamu
Tiada lagi 'harumanis' dalam Pas Selangor
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Selangor yakin tiada golongan 'harumanis'
dalam kalangan ahli parti itu di semua peringkat di negeri itu.
Ketua Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata,
insiden keluar parti yang berlaku sebelum ini telah menghapuskan semua
golongan yang dikelaskan sebagai' hijau diluar, oren di dalam' itu.
"Di Selangor, bagi saya harumanis sudah tidak ada. Sebab yang keluar hari itu 'perhabis' sungguh.
"Yang tinggal ini 'hardcore' sahaja insya-ALLAH," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Amanah Kedah mendakwa terdapat ramai individu yang
dikategorikan sebagai ‘harumanis’ dalam Pas, yang hanya menunggu masa
untuk gugur atau keluar dari parti itu pada bila-bila masa.
Mengulas lanjut berkenaan dakwaan itu, Syarhan berkata, golongan yang
tidak ikhlas dalam perjuangan pasti akan meninggalkan parti.
"Wallahualam, barangkali ada barangkali tiada (golongan harumanis).
Cuma kita tengoklah keadaan yang akan mengadili apa yang mereka sebut.
Kalau betul ada ahli yang begitu, dia akan keluar (parti).
"Orang yang tidak ikhlas dalam perjuangan,bukan setakat dirinya tak
sedap, ALLAH SWT pun akan buat tapisan. Cuma saya nak sebut, jika
pimpinan-pimpinan yang tertinggi sebelum daripada ini pun boleh keluar,
apatah lagi ahli-ahli biasa yang tunggu masa itu...tak apalah tapi pada
masa yang sama, kita berdoa semoga mereka terus istiqamah...terus
bersama dengan Pas," katanya.
Ketika diminta menyentuh soal kenyataan DAP yang mahu bertanding di
lapan kerusi Dun di Selangor yang kini dipegang oleh wakil rakyat Pas,
Syarhan menegaskan pihaknya senada dengan kepimpinan Pas negeri yang
tetap akan mempertahankan kerusi itu.
"Biarlah mereka (DAP) nak sebut...atas dasar demokrasi, apabila mereka tidak bersama dengan Pakatan Rakyat, itu hak dia.
"Cuma hak kita, kita akan pertahanan kerusi tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, Pemuda Pas dan semua peringkat dalam parti sedang berkhidmat tanpa henti kepada masyarakat.
"Jadi, masyarakat boleh menilai sejauh mana usaha kita untuk pastikan
amanah yang diberikan kepada kita itu dilaksanakan dengan sebaik
mungkin. Kita tidak mahu kita ini hanya sedap berkata-kata tapi apabila
diberikan amanah, kita tinggal.
"Kita laksanakan amanah daripada wakil rakyat-wakil rakyat kita,
pemuda-pemuda juga mainkan peranan masing-masing dengan
aktiviti-aktiviti yang sewajarnya," katanya.
2 orang berkata:
Harumanis tak terencat pun .yang terencat akal adalah ulamakpas dam bloger pas.kah.kah.kah.cakap berdegar2 nak lawan Bn last2 nak jadi penasihat .cakap besar ,sombong.taknak bersma DAP /,kat Selangor hang dengan cina mCA ke ? Pkakarmu .apa dah jadi dengan Hadi yang cari bas ekspres yang tiada distinasi tak jumpa2,sebab mana ada bas ekspres yang tkada ke distinasi tertentu.lain kali cakap tu biar dari akal yng jernih.
Harummanis dihurung sang bari bari
habislah jd berulat.
Post a Comment