1MDB: 'Tutup' siasatan PAC kalau terus debat
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
menjelaskan keputusan mengenai debat terbuka isu 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) antara Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy dibuat selepas
melihat kesungguhan semua pihak termasuk kerajaan meneruskan cadangan
itu.
"Saya nampak kerajaan sendiri telah buat kenyataan mereka sanggup
membantu debat itu diadakan dan ini bermakna ia akan diadakan," katanya
pada majlis ramah mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat bersama editor media,
di sini malam ini.
Pandikar Amin berkata, sekiranya beliau membenarkan perkara itu berlaku, maka tidak perlu lagi mana-mana jawatankuasa khususnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk bermesyuarat dan menyiasat dakwaan berhubung syarikat pelaburan strategik kerajaan tersebut.
Beliau turut menegaskan isu 1MDB tidak sepatutnya dibahaskan secara umum sebaliknya menggunakan landasan betul melalui siasatan PAC yang masih berjalan ketika ini.
"Kenapa perlu ada perbahasan yang mana perkara itu sedang disiasat. Saya tidak halang perbahasan, bagaimanapun tidakkah (debat) ini merosakkan keputusan penyiasatan dibuat PAC nanti?
"Apabila penyata dibuat oleh PAC, bahaslah. Tapi persoalannya adakah perbahasan merungkai permasalahan sekarang. Jawapan adalah tidak...kenapa tidak melalui proses itu terlebih dahulu," katanya.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara

0 orang berkata:
Post a Comment