IPOH - Meskipun tidak mendatangkan kerosakan dalam aspek kesihatan, rokok elektronik atauvape masih dianggap tidak menepati 

syarak kerana memerlukan seseorang itu berbelanja atas perkara tidak 
berfaedah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, penetapan sesuatu

 hukum haram itu hanya berlaku apabila ia dijelaskan sendiri oleh
 hukum syarak.

“Benda kalau tak boleh, tak bolehlah, apa faedahnya vape, kalau

 tidak merosakkan, tetapi berbelanja atas perkara tidak berfaedah.
..ia tetap tidak dibenarkan oleh syarak,” ujarnya ketika ditemui pada 
Karnival Ukhuwah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak 
(Maipk) 2015 di sini, semalam.

Katanya, penggunaan  vape belum boleh disifatkan sebagai 

haram sekiranya kajian menyeluruh berhubung perkara itu belum
 dimuktamadkan.

Menurutnya, bagaimanapun mengambil contoh penggunaan

 racun yang ditetapkan haram, dengan dos tertentu diberi doktor
 untuk tujuan mengubati, ia boleh jadi harus.

“Kalau benda tu haram, ia boleh jadi harus dalam keadaan darurat,

 begitu juga (sesuatu itu) tak boleh jadi haram kecuali ditetapkan 
hukum syarak.

“Jika masih dalam kajian…macam mana nak kata haram…itu

 bukan kesimpulannya…tak boleh kata haram jika belum selesai,
” katanya mengulas mengenai keputusan Kabinet untuk tidak
 mengharamkan penggunaan rokok elektronik setelah mengambil
 kira pandangan pelbagai pihak.