Husam 'kagum' dengan keberanian Kerajaan Kelantan
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
3 November 2015
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa 'kagum' dengan
keberanian kerajaan Kelantan berhubung langkah negeri itu meluluskan
kenaikan elaun Adun, Exco, Timbalan, Menteri Besar dan Speaker Kelantan
yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.
Husam yang juga merupakan Adun Salor itu berkata, 'kekaguman' itu bertitik tolak daripada keadaan ekonomi semasa kini.
" Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan
Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.
"Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima
kenaikan ini , kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini
memerlukan kenaikan elaun ini.
Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di
hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji," katanya dalam satu
kenyatan medianya hari ini,
Semalam Persidangan Dun Kelantan meluluskan Enakmen Saraan
Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan
2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding
RM4,600 sekarang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji MB Kelantan naik hingga RM10,000]
Keputusan itu menyaksikan anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan
Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan
Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.
Mengulas lanjut Husam berkata apa yang lebih memeranjatkannya adalah
tindakan dua Adun BN yang menuntut elaun yang lebih tinggi.
"Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu
dinaikkan lebih tinggi lagi! Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan,
mungkin pilihan terbaik ialah tindakan 'reverse' memotong gaji demi
kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar. Menaikkan elaun Adun
dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Timb dan juga
MB. Sama-sama naik.
"Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang
mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua
tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan
Januari depan. Jika tidak, guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan
terasa hati," katanya.
Katanya, disebabkan kenaikan itu, bagaimana pula dengan nasib mangsa banjir pada Disember tahun lalu.
"Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12
bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan). Rumah dihanyut bah pun
belum ke mana, bukan?
"Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah
semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati
gaji baru? Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah
kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua
tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.
"Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki," katanya.
Dalam pada itu, katanya laporan bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.
"Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan," katanya.
2 orang berkata:
baguih hang pak karamu. la ni hang dah pandai main spin2 ceghita. ni la akibat jadi penjilat pungkoq hadi.
Kita bukan saja dikendaki utk mengekalkan pemerintahan ulamak..tapi mesti dilihat pemerintahan kita adalah benar-benar sebagai negeri yg diperintah ulamak....
Bukan saja bersih..tapi kita hendaklah dilihat bersih...
sekadar tomakninah.....ngeeeeee..
Post a Comment