Najib arah buat siasatan segera
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya
siasatan berhubung isu penyelewengan dana kerajaan berjumlah lebih RM100
juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilakukan dengan serta merta.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata perdana
menteri juga turut mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi
kerajaan supaya meningkatkan lagi tahap pemerhatian, ketelusan dan
akauntabiliti.
Beliau berkata, kerajaan amat bimbing dengan laporan bahawa sejumlah
RM100 juta dana kerajaan kemungkinan diseleweng daripada KBS.
"Rasuah merupakan musuh yang perlu kita perangi di negara ini dan
kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya dalam kenyataan
di sini, hari ini.
Kenyataan itu susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Jumaat lepas, menahan sembilan orang termasuk seorang Setiausaha
Bahagian KBS yang dikatakan menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta.
Pegawai kanan berusia 56 tahun itu bersama lapan individu lain termasuk
seorang wanita, ditahan SPRM kerana disyaki mendalangi satu sindiket
menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment