Bomba diserang ular sawa ketika padam api
JELAPANG - Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru
Raya terkejut dengan kehadiran seekor ular sawa batik yang keluar dari
kawasan lalang yang terbakar di Kilometer 269, Lebuhraya Utara Selatan
di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.22 petang itu, reptilia sepanjang 1.5
meter itu disedari anggota selepas kira-kira tiga minit ketika mula
menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
Anggota bomba, Nor Azizi Othman berkata, ular seberat 30 kilogram
berkenaan bertindak agresif dipercayai cedera akibat kebakaran itu.
"Ular berkenaan keluar dari persembunyiannya dan meluru ke arah anggota seolah-olah mahu menyerang.
"Namun, kita berjaya menangkapnya dengan menggunakan alat penjerut setelah bergelut lebih 10 minit.
"Ia agak agresif mungkin kerana bahang panas kebakaran lalang selain terancam dengan kehadiran manusia," katanya.
Nor Azizi berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan cedera
pada kulit reptilia itu yang mengelupas akibat kebakaran tersebut.
"Operasi pemadaman lalang diteruskan sehingga selesai," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment