KEMENTERIN PERLU TENTUKAN SYARIKAT INI SELAMAT DIGUNAKAN DAN TENTUKAN JUGA TIDAK MEMPERMAINKAN ISTILAH SYRI'AH, MUNGKIN SYARIKAT INI EJEN KEPADA SUATU KUMPULAN YANG HENDAK MENJATUHKAN MARUAH AGAMA - Pak Karamu
Timbalan Menteri tegur Rayani Air
SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr
Asyraf Wajdi Dasuki menegur syarikat penerbangan tambang murah Rayani
Air.
Katanya, kemegahan Rayani Air yang kononnya mempraktikkan aspek
pematuhan syariah dalam setiap penerbangannya hanya 'indah khabar dari
rupa'.
"Rayani Air ini rupanya indah khabar dari rupa. Batalkan penerbangan
sesuka hati hingga menyusahkan orang yang sudah mengatur pelbagai
urusan.
"Ingatlah! Aspek pematuhan syariah bukan sekadar berbangga dengan
peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi termasuklah aspek
menunaikan janji dan menepati masa," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, ujarnya sekiranya prinsip perkhidmatan asas seperti itu tidak
dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan
pertama patuh syariah.
"Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk
diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak
yang lebih utama," katanya.
Menggulas lanjut, Asyraf berkata, Islam menegah daripada kita menggunakan Islam untuk tujuan dagangan.
"Isunya jangan sewenangnya menggunakan perlambangan dan penglabelan
Islam untuk melariskan jualan. Ditegah keras oleh Rasulullah
SAW,"katanya.
Rayani Air mula melakukan penerbangan sulungnya pada Disember tahun lalu.
0 orang berkata:
Post a Comment