PAS TIDAK KENA MENGENA DENGAN AMANAH DAN DAP, BOLEH BELAH ! - Pak Karamu
Hudud Pas bukan di tangan Amanah, DAP
Hudud Pas bukan di tangan Amanah, DAP
KUALA LUMPUR - Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud menerusi
pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak ditentukan oleh undi Parti
Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masa depan Pas
hanya ditentukan oleh satu undi rakyat Malaysia yang masih menyokong
perjuangan parti Islam itu.
"Dia (Amanah) satu undi sahaja, masih berjuta-juta undi lagi, dia tak
setuju, banyak lagi yang boleh bersetuju," katanya kepada pemberita di
lobi bangunan Parlimen, semalam.
Beliau mengulas gesaan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad
pada Sabtu lepas yang menuntut Pas berhenti mempolitikkan hukum hudud
dan memohon maaf kerana pendirian Pas yang mengelirukan.
Perkara itu timbul selepas Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia
(Ikatan) mendakwa Pas mencapai persetujuan bersama bahawa hukum hudud
tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
Pendirian terbaru itu timbul selepas Pas dan Ikatan menubuhkan blok
pembangkang baharu pada Rabu lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum
ke-14 akan datang.
Abdul Hadi juga menegaskan hubungan Pas dan PKR di Selangor masih kekal
seperti biasa khsusnya dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Kita masih dalam gabungan kita sendiri (dengan PKR). Terpulang kepada pihak lain untuk terima konsep kita atau tidak.
"(Pas) Selangor masih lagi dalam kerajaan," ujarnya.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata lagi, Pas-Ikatan tidak akan
bertanding dengan Pakatan Harapan dalam kawasan sama pada PRU14 akan
datang.
Ini kerana tegasnya blok pembangkang baharu itu tiada kaitan kerjasama politik dengam DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.
"Kita bersendiri, takkan duduk dengan Pakatan Harapan, kita masih dalam
gabungan kita sendiri, terpulang kepada mereka sama ada nak terima
konsep kita atau tidak," katanya.
Ditanya tentang Pas-Ikatan mampu memberi saingan kepada Pakatan
Harapan, Abdul Hadi bagaimanapun berkata masih terlalu awal untuk
menilai perkara itu.
"Kita tunggu dan lihat, terlalu awal untuk saya jelaskan," katanya lagi.
3 orang berkata:
Ularmak putarbelit suka maki hamun org.
Hahahaha...anjing dap sedang mengganas..dap dh byr gaji gamaknya ni
Pembetulan.. bukan hamun orang.. hamun barua..
Post a Comment