Andainya husam tak buat repot maka yang buat kepincangan ialah husam sendiri, atau memang suka buat fitnah ? - Pak Kraramu
Serangan peribadi: Biar rakyat buat penilaian
KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai setiap dakwaan
yang dilemparkan terhadapnya.
Sambil menyifatkan ia serangan peribadi, Mohd Amar berkata, beliau
tidak berhasrat membela diri mahupun mengambil tindakan terhadap
individu terlibat
"Dalam isu serangan peribadi seperti ini, saya lebih suka membiarkan orang ramai menilai dan tidak berhasrat membela diri.
"Kalau nak bela pun bukan diri, tapi parti dan kerajaan, " katanya kepada media di pejabatnya di sini, hari ini.
Sebelum ini, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Mohd
Amar adalah punca terhadap kepincangan kerajaan negeri dan mendesak Naib
Presiden Pas itu meletak jawatan.
0 orang berkata:
Post a Comment