Rayani Air minta maaf batal penerbangan
SHAH ALAM – Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia,
Rayani Air yang menjadi tumpuan susulan pembatalan beberapa
penerbangannya memohon maaf, hari ini.ww
Menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook sebentar tadi,
Rayani Air memberitahu pembatalan penerbangan itu atas faktor teknikal.
“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami melakukan yang
terbaik untuk menyelesaikan isu yang melanda baru-baru ini.
“Kesilapan menambah pengalaman dan pengalaman mengurangkan kesilapan.
Kami akan lakukan yang terbaik. Terima kasih kerana terbang bersama
Rayani Air,” katanya.
Beberapa hari ini, media sosial dibanjiri dengan kemarahan penumpang
Rayani Air yang terkandas gara-gara penerbangan yang sepatutnya dinaiki
dibatalkan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri tegur Rayani Air]
Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf
Wajdi Dasuki turut menegur syarikat penerbangan tambang murah itu atas
kejadian tersebut.
0 orang berkata:
Post a Comment