Deklarasi Rakyat bawa Mahathir ke perangkap DAP
KOTA BHARU - Umno menyifatkan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr
Mahathir Mohamed hanyalah tindakan yang membawa bekas Perdana Menteri
itu ke dalam perangkap DAP.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, tindakan bekas
pemimpin tertinggi parti itu jelas sekali melanggar prinsip parti yang
selama ini tegas untuk tidak bersama dengan mana-mana parti lawan.
"Apa yang Mahathir buat, kita tidak boleh terima. Apa jua tindakan yang
tidak betul, kita wajib tolak. Musuh Umno tetap Pas dan DAP.
"Umno tak serupa dengan Pas, DAP, PKR dan Amanah (Parti Amanah Negara).
Kita adalah sebuah parti perjuangan yang mengutamakan sikap bersatu,"
katanya ketika Himpunan Deklarasi Umno Kelantan, yang berlangsung di
perkarangan Bangunan Umno Negeri di sini, hari ini.
Himpunan berkenaan turut disertai 3,000 ahli dari seluruh bahagian negeri termasuk pimpinan di setiap daerah masing-masing.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, apa jua permasalahan
yang ditimbulkan bekas pemimpin itu sejak akhir-akhir ini bukanlah
perkara baharu.
"Kita kena terima hakikat bahawa dalam parti ada pelbagai bentuk ujian. Ujian inilah yang akan menguatkan lagi semangat kita.
"Jangan terlalu emosi dan terbawa-bawa. Masalah yang datang dari
seorang sahaja, bukan benda baharu dan bukan kali pertama. Sejak tahun
70an lagi, pelakonnya adalah orang yang sama," katanya.
1 orang berkata:
anuar ni pun bukannya bersih sangat rekod politiknya...cakap blh la.
Post a Comment