Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUN DAP DIGANTUNG


Kutuk PRU, Adun DAP digantung hadiri sidang Dun
Chow Yu Hui
Chow Yu Hui

KUANTAN - Adun  Bilut, Chow Yu Hui, hari ini dihalau keluar dan digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Dun Pahang esok selepas enggan menarik balik kritikan yang dibuatnya terhadap pilihan raya umum lepas.

Yang Dipertua Dun, Datuk Seri Ishak Muhamad membuat keputusan itu selepas Adun DAP itu enggan menarik balik kenyataannya yang mendakwa pilihan raya umum itu tidak adil dan tidak bersih, walaupun beliau diberi peluang tiga kali untuk berbuat demikian.

Yu Hui mengeluarkan kenyataan itu semasa mencelah penggulungan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepengunaan Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin pada persidangan Dun di Wisma Sri Pahang di sini, dengan membangkitkan mengenai 160 negara mengamalkan sistem Cukai dan Barangan (GST).

"Semua 160 negara yang mengamalkan GST mengamalkan pilihan raya yang bersih dan adil. Mengapa Malaysia tidak amalkan?" katanya menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin meminta Chow menarik balik kenyataan itu.

Yu Hui bagaimanapun enggan menarik balik kenyataannya menyebabkan Datuk Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) mengusulkan beliau dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun.

Ahmad Shukri berkata,  Yu Hui telah menggunakan bahasa yang biadab dan mengeluarkan tuduhan serta bersangka jahat yang bermaksud Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak bersih dalam melaksanakan tugasnya.

"Perkara 36 (4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dun Pahang menyatakan adalah salah bagi sesorang ahli menggunakan bahasa biadap. Perkara 36 (6) pula menyatakan seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas ahli lain," katanya.

Ishak sekali lagi memberi peluang kepada Yu Hui untuk menarik semula kenyataan itu, namun Yu Hui tetap dengan pendiriannya dan berkata: "Jika saya kata tidak betul, kamu boleh betulkan saya. Ini adalah perbahasan."

Yu Hui juga menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersangka jahat pada anggota dewan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat secara umum.

Ishak bagaimanapun dengan tegas menyatakan pengamatan dan pemikirannya mendapati kenyataan yang dikeluarkan itu sebagai tidak sesuai, biadab dan salah mengikut peraturan mesyuarat.

"Sebagai seorang yang berhormat, dewan ini harus kita hormati. Seharusnya menggunakan bahasa yang baik dan lembut. Jangan sesekali buat persepsi tanpa fakta yang kukuh.

"Saya ingin menjaga keamanan dan persefahaman di dalam dewan ini. Oleh itu YB (Yang Berhormat) perlu berpandangan jauh, jangan terbawa-bawa dengan sikap angkuh kerana kita mesti hormat-menghormati, sama ada kerajaan atau pembangkang," katanya.

Ishak berkata, seorang pemimpin mesti mengamalkan akhlak yang baik dan banyak lagi perkataan sesuai yang boleh digunakan beliau.
Persidangan Dun bersambung esok.  - Bernama

4 orang berkata:

Unknown said...

Benda yg betul DAP buat kita sokong walaupun dia makan babi...

biolo asli import said...

di gantung di pohon

jamkho said...

sukses muda

pelangsing ampuh cepat said...

yg muda yang berjaya

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.