Paras air di tujuh empangan semakin kritikal
KUCHING - Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino menyebabkan
paras air di tujuh empangan di seluruh negara semakin kritikal dengan
baki air berada pada paras di bawah 50 peratus, kata Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Tujuh empangan berkenaan ialah Empangan Bukit Kwong, Kelantan (6.9
peratus), Empangan Labong, Johor (12.4 peratus), Empangan Bukit Merah,
Perak (20.2 peratus), Empangan Beris, Kedah (25.9 peratus), Empangan
Timah Tasoh, Perlis (27.6 peratus), Empangan Muda, Kedah (30.4 peratus)
dan Empangan Padang Saga, Kedah (33.9 peratus).
Beliau berkata Empangan Bukit Merah di Perak hanya mampu menampung
bekalan air orang ramai kurang daripada sebulan sekiranya tiada hujan.
Selain itu, Empangan Timah Tasoh dan Empangan Padang Saga masing-masing
mampu bertahan sebulan tanpa hujan manakala Empangan Labong dan
Empangan Beris masing-masing mampu bertahan tiga bulan tanpa hujan.
Wan Junaidi berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan
Projek Pengawalan Hakisan Pantai dan Pemuliharaan Muara Sungai Buntal di
Kampung Sungai Buntal, Santubong, kira-kira 25 kilometer dari sini,
hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid serta calon
Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Pantai Damai Dr Abdul Rahman
Junaidi.
Bagaimanapun, Wan Junaidi tidak menyatakan tempoh Empangan Bukit Kwong
dan Empangan Muda dapat bertahan tanpa hujan, bagi membekalkan air
kepada pengguna.
Justeru itu, beliau menggesa rakyat supaya berjimat dalam penggunaan air khususnya pada musim panas ketika ini.
Menurutnya penurunan paras air di empangan-empangan utama itu bukan
sahaja menjejaskan permintaan bekalan bagi pengguna domestik malah
kepada sektor pertanian dan industri.
Ditanya sama ada proses pengepaman air bawah tanah dapat dibuat bagi
menampung permintaan bagi sektor pertanian, beliau berkata, buat masa
ini ia sukar dilakukan dan boleh mendatangkan implikasi lebih besar
terhadap alam sekitar termasuk kekurangan air dalam tasik.
Mengenai Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kampung Buntal, katanya ia
merangkumi pembinaan struktur kawalan hakisan pantai melibatkan
pembinaan lapisan lindung batu sepanjang satu kilometer.
Bagi Projek Pengorekan Muara Sungai Buntal pula, ia melibatkan
kerja-kerja pengorekan muara bagi mendalam dan melebar saluran terusan
di muara itu.
Projek itu akan membolehkan bot-bot penumpang dan nelayan dikemudi
dengan lebih selamat dan secara tidak langsung membantu mengurangkan
masalah banjir di kawasan hulu Sungai Buntal, katanya.
Wan Junaidi percaya kedua-dua projek itu, yang dijangka siap akhir
tahun ini, dapat mengurangkan beban dihadapi penduduk sekitar kawasan
berdekatan setiap kali ombak, banjir dan air masin berlaku.
"Masalah berkaitan hakisan ombak, banjir, air masin perlu diselesaikan
segera. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak
berwajib seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS)," katanya.
–Bernama
1 orang berkata:
zhengjx20160506
nfl jerseys
cheap ray ban sunglasses
true religion outlet store
oakley outlet
rolex watches
ray ban sunglasses uk
toms outlet
michael kors outlet online sale
air jordan shoes
louis vuitton purses
coach outlet store
coach outlet online
ray ban wayfarer
cheap toms shoes
ray ban
nike uk
coach outlet
coach factory outlet online
timberlands
louis vuitton outlet
true religion outlet
ray ban sunglasses
michael kors outlet
kobe shoes 11
louis vuitton outlet
kate spade outlet
michael kors handbags
coach factory outlet online
louis vuitton outlet stores
toms shoes
nike air max 90
lebron 12
ralph lauren home
kate spade purses
jordan 11
fitflop clearance
michael kors outlet clearance
coach outlet store online
nike air force 1 white
ray ban sunglasses outlet
Post a Comment