Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

azmin tersepit

Azmin yakin rundingan satu lawan satu dimuktamadkan
Azmin
Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SUNGAI BESAR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin rundingan untuk menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN dapat dimuktamadkan sebelum penamaan calon pada 5 Jun depan.

Mohamed Azmin berkata, pada masa ini, beliau masih cuba berunding dengan Pas dan gabungan Pakatan Harapan berhubung perkara itu dalam menghadapi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Beliau juga mengingatkan agar pembangkang mengambil iktibar dalam pertembungan sesama mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Saya fikir inilah masa terbaik untuk semua parti-parti politik dalam kalangan pembangkang untuk bekerja secara konsensus dan memastikan pertandingan satu lawan satu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Stesen Bas Sungai Besar Sentral dan Pelancaran Bas Smart Selangorku.

Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat bakal meletakkan calon masing-masing untuk bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar, 18 Jun depan.

Kedua-dua parti itu masih berkeras untuk meletakkan calon masing-masing meskipun berlaku pertandingan lebih tiga penjuru di kawasan yang dimenangi calon BN Allahyarham, Datuk Noriah Kasnon.

Dalam PRU-13 lalu, Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menewaskan calon Pas, Mohd Salleh M Husin dengan memperoleh 399 majoriti undi.

1 orang berkata:

Unknown said...

Min.. better pull out jer dari Deklarasi Rakyat.. kau sendiri dah nampak betapa undi Melayu (kecuali khodam2 DAP) akan pergi kpd tiga parti ni jer PAS UMNO dan PKR.. Tak payah nak tolong DAP tarik undi Melayu.. jom kita bekerjasama tarik undi Melayu dari UMNO..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.