Azmin nafi beri kata dua kepada exco Pas
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
menafikan memberikan kata dua kepada exco Pas supaya meletak jawatan
atau melupakan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Sungai Besar bulan depan.
Dipetik MstarOnline, Mohamed Azmin berkata, fokus beliau kini ialah
mengadakan perbincangan dengan pelbagai parti pembangkang untuk
bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.
"Kata dua? Tak ada seperti itu. Ia tidak benar. Fokus kami adalah untuk
membincangkan mengenai kerusi berkenaan dan ia belum selesai," katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan
Ekonomi Selangor di sini, hari ini.
Menteri Besar Selangor itu diminta mengulas laporan bahawa beliau telah
meminta anggota exco daripada Pas untuk meletakkan jawatan jika parti
itu berkeras mahu bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Menurut laporan itu, Mohamed Azmin mahu PKR bertanding di kerusi tersebut dan bukannya Pas atau Amanah.
Sementara itu, ditanya sama ada Pas akan kekal dalam pentadbiran negeri
jika ia bertanding kerusi itu, Menteri Besar Selangor dipetik sebagai
berkata: "Jangan terus membuat kesimpulan."
3 orang berkata:
PKR hanya sesuai bergabung dgn PAS. Tinggalkan yg lain, semua tu menggigit kawan bila merasa sedikit kuat.
Tu pendpt hang tp dlm otak pkr apa pun tak tau.pkr pun nampak mcm lalang saja.
Tu pendpt hang tp dlm otak pkr apa pun tak tau.pkr pun nampak mcm lalang saja.
Post a Comment