Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FITNAH DATANG DARI PAKATAN HARAPAN ?

Sifir mana, tanding PRK demi berbaik dengan Umno?
Idris Ahmad

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad membidas pihak yang menuduh parti itu mahu berbaik dengan Umno gara-gara tetap bertegas untuk bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Orang yang tuduh Pas hendak berbaik dengan Umno, hendak menyertai Umno... mereka ambil sifir mana ini?

"Sampai macam itu pun tak faham. Makan apa sampai tak faham perkara yang mudah? Kesian," katanya melalui kemaskini status di Facebook, malam tadi.

Pas sebelum ini menegaskan pihaknya telah memutuskan untuk meletakkan calon pada dua kerusi PRK yang bakal berlangsung, bulan depan.


Namun Pakatan Harapan turut menunjukkan minat terhadap dua kerusi Parlimen itu.

Menurut Idris yang juga Pengarah PRK Kuala Kangsar, tuduhan itu tidak relevan melainkan Pas memberi laluan mudah kepada Umno dalam pilihan raya itu.

"Bila Pas hendak bertanding di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, masih ada orang yang menuduh Pas hendak berbaik dengan Umno.

"Kalau Pas bagi laluan mudah munasabahlah," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas tetap meletakkan calon meskipun Umno ada mengingatkan tentang PRK Chempaka, Kelantan.

"Walau pun Umno ada tawarkan supaya Pas jangan letak calon seperti Umno tidak meletakkan calon di PRK Chempaka, kawasan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
"Pas jawab, maaflah ya. Di Sarawak nun jauh di sana pun Pas lawan," katanya.

6 orang berkata:

khirul said...

Bior la Pas nak tanding apa pun... semua berhak dengan pendapat masing masing...
Cuma.... bila ada 3 penjuru nie...kelebihan akan berada dipihak BN.... saborrrrr jer laaa....

Unknown said...

Sertai je la umno... kan dah lama nak bergabung. Inilah waktunya.. waktu umno memerlukan sekutu. Nanti bila umno kuat esok tak pyh mimpilah..

Unknown said...

Sertai je la umno... kan dah lama nak bergabung. Inilah waktunya.. waktu umno memerlukan sekutu. Nanti bila umno kuat esok tak pyh mimpilah..

Unknown said...

Ingat....Pas tak sekali kali bergabung dgn umno melainkan umno ubah dasar pd Islam spt pas perjuangkan kini.

Anonymous said...

fitnah pas brgabung dgn umno dah tak laku.

Anonymous said...

A.N. Aziz ketinggalan bus. Biarkan dia meratib sorang2.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.